• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PADU jadi carian Google Malaysia paling sohor Januari 2024, ada juga drama Korea

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:54 pm
  • 08/02/2024
  • Komen
240208 - Carian Google Sohor Januari 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah berkongsikan carian paling sohor di aplikasi itu di Malaysia sepanjang bulan Januari 2024. Menariknya, Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan carian paling banyak dan berjaya mengalahkan 9 senarai lain yang berkaitan sukan dan juga program TV.

Bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila ramai di antara kita mempunyai rasa ingin tahu mengenai PADU. Ia kerana PADU merupakan satu platform yang baru dilancarkan awal tahun ini dan sering menjadi tajuk utama berita, maka sudah tentu secara tidak langsung menimbulkan lebih banyak persoalan daripada rakyat Malaysia.



240208 - Carian Google Sohor Januari 2024

1. Pangkalan Data Utama (PADU) 

Bagi anda yang mungkin masih tidak tahu, PADU adalah satu platform data pangkalan berpusat yang dibangunkan melalui kerjasama Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Menerusi PADU yang telah dilancarkan secara rasmi kepada umum pada 2 Januari lepas, dikatakan akan dapat membantu kerajaan menyediakan pengukuran sosioekonomi rakyat dengan lebih tepat serta mengelakkan keciciran serta membolehkan pengagihan subsidi bersasar menjadi lebih efektif.



Pendaftaran untuk PADU terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan penduduk tetap yang berusia 18 tahun ke atas dan kemas kini maklumat boleh dilakukan sehingga 31 Mac. Adakah anda sudah mendaftar dan mengemas kini data? Jika belum, boleh baca artikel kami di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

2. Indonesia Masters 2024

Kejohanan badminton yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada 23 hingga 28 Januari berjaya menampilkan pelbagai aksi sengit. Pun begitu, malang buat pasukan Malaysia, apabila salah seorang pemainnya, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri daripada perlawanan suku akhir kerana keracunan makanan.​

3. Bahrain vs Malaysia / Japan vs Indonesia / AFC Asian Cup

Piala Asia AFC merupakan antara acara bola sepak yang berprestij. Jadi sudah tentulah ia menjadi antara carian paling popular apabila Malaysia menjadi pasukan yang beraksi.

Dalam perlawanan Bahrain menentang Malaysia, boleh dikatakan pasukan negara menampilkan aksi yang lebih baik berbanding perlawanan pertama dengan Jordan. Namun, Bahrain berjaya menewaskan Malaysia pada saat akhir dengan 1-0.

240208 - Carian Google Sohor Januari 2024

Dalam perlawanan ketiga, Malaysia lawan Korea, penonton disajikan dengan aksi yang cukup mendebarkan. Namun ia berakhir dengan kegembiraan apabila gol minit akhir Faisal Halim berjaya menyelamatkan Malaysia dari kalah.

4. India Open 2024 

Dalam aksi Terbuka India 2024 yang diadakan di New Delhi, menyaksikan tiga wakil Malaysia termasuk juara beregu lelaki dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, berjaya menempah slot ke suku akhir.

Namun malang untuk Lee Zii Jia apabila dia ditewaskan pemain dari Jepun, Kodai Naraoka – 13-21, 21-9, 21-16 dalam tempoh masa 78 minit.​

240208 - Carian Google Sohor Januari 2024

5. Al Hilal vs Inter Miami

Dalam perlawanan persahabatan ini, Inter Miami mengalami kekalahan tipis 4-3 kepada Al Hilal, walaupun pada awalnya mendahului dengan jaringan gol daripada Lionel Messi dan Luis Suarez. Tandukan gol pada lewat aksi perlawanan daripada pemain kelab Riyadh, Malcom Oliveira mengesahkan kemenangan pasukannya.

6. FIFA 2024 Rankings

Carian terhadap FIFA 2024 Rankings juga menjadi antara tumpuan kerana peminat bola sepak di Malaysia, tetapi kenapa ya?

Ini kerana kemungkinan kedudukan Malaysia mungkin naik selepas seri dengan Korea 3-3 pada perlawanan Piala Asia. Tahun 2023 turut menyaksikan peningkatan kedudukan Malaysia yang banyak dari tangga 145 ke 130. Jadi agak-agak anda, Malaysia akan berada di kedudukan berapa lepas ini?

7. Australian Open

Sukan tenis untuk Kejohanan Terbuka Australia yang diadakan di Melbourne Park turut menjadi antara topik carian tersohor selain bola sepak. Ia menyaksikan juara bertahan Novak Djikovic dikalahkan oleh Jannik Sinner yang turut memenangi gelaran Grand Slam pertamanya.

8. Badland Hunters

Selain sukan, ada juga carian melibatkan segmen hiburan yang turut tersenarai sebagai antara carian tersohor di Google Malaysia bagi bulan Januari.

Siri penstriman Korea Selatan Badland Hunter yang dibintangi oleh Don Lee, Lee Hee-jun dan Lee Jun-young merupakan sebuah thriller dystopian yang berlatarkan Seoul pasca-apokaliptik yang kini telah bertukar menjadi tanah terbiar.

240208 - Carian Google Sohor Januari 2024

9. 你也有今天 (My Boss)

Siri drama komedi Cina, 你也有今天 (My Boss) yang berkisarkan tentang seorang peguam bercita-cita tinggi untuk menjadi peguam terbaik di firma berprestij berdepan sedikit rintangan, apabila rakan sebilik di rumah sewanya merupakan penyelianya sendiri.​

10. Nottingham Forest vs Arsenal

Berada di senarai terakhir 10 carian tersohor Google Malaysia adalah perlawanan antara Nottingham Forest dan Arsenal untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris. 

Dalam perlawanan ini menyaksikan Arsenal menewaskan Nottingham Forest dengan gol 2-1 pada separuh masa kedua daripada Gabriel Jesus dan Bukayo Saka bagi memberikan kemenangan kepada pasukannya.

Apa yang anda cari di Google turut tersenarai tak? Bulan Februari nanti apa pula carian yang paling hangat? Jom kongsikan pandangan dengan kami di ruangan komen.

Bacaan berkaitan:

  • Pertingkat ilmu keselamatan internet dengan tips Google, ikuti semuanya di X
  • Anda kini boleh menjana gambar AI di Google Bard secara percuma
  • Belajar seni prompt untuk jana imej AI yang betul dengan permainan Google ini
Tags: bola sepakcarian sohor Googlecarian sohor januarififaGooglegoogle malaysiapaduPiala Asia
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240208 - Carian Google Sohor Januari 2024

PADU jadi carian Google Malaysia paling sohor Januari 2024, ada juga drama Korea

8 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER