• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda kini boleh menjana gambar AI di Google Bard secara percuma

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:54 pm
  • 02/02/2024
  • Komen
Anda kini boleh menjana gambar AI di Google Bard secara percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah mengumumkan Bard kini menerima peningkatan membolehkannya untuk menjana imej berkualiti tinggi menggunakan AI. Model AI Gemini Pro yang diumumkan Google pada Disember lalu turut dikemas kini untuk menyokong lebih 40 bahasa dan tersedia di lebih 230 negara dan wilayah seluruh dunia.

Ciri penjanaan imej menggunakan AI di Bard tersedia di kebanyakan negara termasuklah di Malaysia, dan ia boleh digunakan secara percuma. Menurut Google, ia dikuasakan model Imagen 2 yang mengimbangi kualiti dan kepantasan, berikan gambar berkualiti tinggi dan nyata.



Untuk pengetahuan anda, ini merupakan model yang sama digunakan di Galaxy AI pada siri Galaxy S24 untuk ciri edit foto menggunakan AI.

Cara untuk menjana imej di Google Bard

Untuk menjana imej AI di Bard, ia boleh dilakukan dengan mudah seperti melakukan pertanyaan. Berikut adalah caranya:



  1. Lancarkan Bard di pelayar menerusi telefon atau komputer.
  2. Letakkan deskripsi gambar yang anda mahu jana.
  3. Secara default, ia akan menunjukkan dua imej, anda boleh tekan ‘Generate More” untuk melihat lebih banyak pilihan imej.
  4. Anda boleh muat turun gambar yang dijana pada ikon muat turun di atas kanan.

Semua imej akan dijana dalam resolusi 1536×1535. Perlu tahu yang ia mengambil masa sedikit lama untuk memproses imej. Sementara itu, carian juga boleh dibuat dalam bahasa melayu, mungkin kerana Bard secara rasmi menyokong bahasa Indonesia.

Selain itu, imej yang dijana AI ini juga boleh diperbaiki atau diubah dengan menambah lebih butiran pada Bard. Anda boleh menambah apa-apa elemen yang anda mahu seperti objek, warna, suasana ataupun tema pada sesuatu carian.

Menjana imej dan teks pada satu arahan

Lebih hebat, Bard juga boleh menjana imej dengan keterangan. Ini sangat membantu jika anda nak membuat hantaran di media sosial bersama imej.

Untuk lakukannya, anda boleh meletakkan arahan seperti “Write social media post and generate a mouthwatering image of Nasi Lemak Ayam Goreng”. Ia akan menjana kapsyen media sosial bersama imej, serta cadangan hashtag yang bersesuaian.

Anda juga boleh menanyakan pada Bard untuk menjana seberapa panjang ayat yang anda nak dan teks bersama imej tersebut.

Langkah keselamatan turut ditambah

Bagi memastikan penggunaan Bard yang lebih selamat, Google menggunakan SynthID bagi meletakkan watermark digital pada piksel imej penjanaan AI supaya ia dapat dikenal pasti. Malahan, Bard juga tidak akan menjana imej yang melibatkan keganasan atau perkara yang merbahaya untuk manusia.

Penjanaan imej orang juga akan dihadkan oleh Bard untuk mengelakkan penyalahgunaan identiti.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman berita Google di sini.

[Sumber: Google / SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • Gemini lebih maju dari GPT-4, anda boleh cuba di Google Bard sekarang
  • Samsung & Google bangunkan pesaing Dolby Atmos dan DTS:X, pelancaran dalam tahun 2024
  • Google kongsi cara dapatkan kembali fail Drive yang lesap, tapi tak berkesan
  • Belajar seni prompt untuk jana imej AI yang betul dengan permainan Google ini
Tags: aiBardGalaxy AIGoogleGoogle Bardgoogle gemini
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Anda kini boleh menjana gambar AI di Google Bard secara percuma

Anda kini boleh menjana gambar AI di Google Bard secara percuma

2 February 2024
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER