Android Auto memang sangat memudahkan. Biasanya kita akan gunakan fungsi navigasi dan dengar lagu secara penstriman dengannya. Bagusnya Android Auto berbanding ciri screen mirror yang biasa adalah sewaktu guna Android Auto, skrin telefon boleh dipadamkan. Jadinya, telefon tidaklah jadi terlalu panas sewaktu digunakan, malah anda boleh jimat bateri.
Saya ada cerita tentang Android Auto dalam video yang dimuat naik dalam tahun 2022 dulu. Tapi saya perasan yang ramai mengadu tutorial yang dikongsikan tidak menjadi. Anda tak salah, sebenarnya bermula Android, terdapat perubahan kerangka kerja Android Auto dan cara yang saya kongsikan itu mungkin tidak lagi terpakai. Jadi artikel ini mengandungi tutorial yang telah dikemas kini.
Tapi sebelum itu, di ruangan komen video terdahulu, ramai yang bertanya sama ada sistem inforia kereta mereka boleh menjalankan Android Auto cari ini ataupun tidak. Asasnya begini, sekiranya sistem inforia anda boleh dipasang dengan aplikasi eadunit Reloaded, maka bolehlah. Selain itu, ada kereta yang sedia datang dengan sistem inforia Android daripada kilang dan ia mungkin hanya menyokong sambungan berkabel. Untuk situasi ini, tutorail yang akan saya kongsikan ini tidak terpakai.
Sambungan USB
Seperti yang dikatakan tadi, langkah yang paling penting adalah untuk anda pasang aplikasi Headunit Reloaded di Google Play Store. Ia adalah satu aplikasi berbayar dan harganya RM20.99. Sekali beli, anda boleh gunakan di semuah sistem inforia berasaskan Android, asalkan ia dilog masuk ke akaun Google yang anda gunakan untuk beli aplikasi tersebut.
Bila lancarkan buat kali pertama, ikut saja arahan di atas skrin apabila ia minta kebenaran untuk akses beberapa perkara di dalam headunit anda. Anda boleh ikut arahan di skrin dan akhir sekali, tinggalkan saja aplikasi Headunit Reloaded terpasang.
Kemudian, ambil kabel USB dan sambungkan telefon kepada sistem inforia anda. Sepatutnya, Android AUto akan dilancarkan secara automatik.
Sambungan Wireless
Sambungan secara wayarles lebih kurang dengan sambungan USB tadi. Tapi ada satu langkah tambahan yang perlu anda ambil. Macam biasa, pasang aplikasi Headunit Reloaded di headunit Android, lancarkan dan ikut arahan di atas skrin.
Ini langkah tambahan yang perlu anda ambil. Di telefon, anda kena pasang aplikasi yang namanya Wi-Fi Launcher. Aplikasi ini percuma saja. Sama juga seperti Headunit Reloaded tadi, di aplikasi Wi-Fi Launcher telefon, anda kena beri kebenaran untuk akses beberapa perkara terutamanya tentang bateri. Kita tak mahu apabila sedang navigasi, sistem Android matikan Android Auto lantas merencatkan pengalaman navigasi anda.
Ada tiga cara sambungan wayarles boleh dilakukan iaitu:
- Telefon dan sistem inforia bersambung ke hotspot yang sama
- Telefon bersambung kepada hotspot yang diwujudkan sistem inforia
- Sistem inforia bersambung kepada hotspot yang diwujudkan telefon
Apabila bersedia, di telefon, di aplikasi Wi-Fi Launcher, tekan “Start Wi-Fi service manually” dan Android Auto akan dilancarkan secara automatik di sistem inforia. Mungkin buat beberapa kali aplikasi akan terpadam, anda cuma perlu cuba beberapa kali proses itu.
Ubah kepadatan piksel skrin Android Auto
Lain headunit, lainlah resolusinya. Apa yang anda nampak mungkin tak sama dengan apa yang saya nampak. Contohnya tablet contoh yang saya gunakan ada nisbah paparan 16:10, resolusi pula 1600p. Jadi anda kena ubah kepadatan piksel di aplikasi Headunit Reloaded. Berikut adalah rupa antara muka bila saya tetapkan kepadatan piksel pada 100ppi, 200ppi, 300ppi, 400ppi, dan 500ppi.