• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kapal terbang ringan meletup di ruang udara Kapar, Klang?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:06 pm
  • 13/02/2024
  • Komen
Kapal terbang ringan meletup di ruang udara Kapar, Klang?
Share on FacebookShare on Twitter

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor telah mengesahkan terdapat insiden kapal terbang terhempas di Kampung Tok Muda dekat Kapar. Pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 1:56 tengah hari dan pasukan penyelamat tiba pada jam 2:20 petang.

Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan pihak penyelamat, kelihatan bangkai pesawat yang rosak teruk berada dalam kawasan ladang kelapa sawit. Buat masa ini, belum ada maklumat tentang keadaan juruterbang pesawat yang terhemas.



Walau bagaimanapun, dilaporkan bahawa model pesawat malang itu adalah Gabriél BK160 TR milik sebuah syarikat berpengkalan di Singapura yang akan membuka reruai di Singapore Airshow antara 20 hingga 25 Februari 2024 ini.

Gabriél BK160 TR meletup di udara?

Gabriél BK160 TR adalah pesawat keluaran Blackshape daripada Itali. Pesawat ini direka khas untuk tujuan latihan penerbangan dan mengandungi dua tempat duduk beserta sistem kawalan pesawat untuk kedua-dua tempat duduk.



Pada segi sudut prestasi, BK160 TR diperkasa enjin bebaling Lycoming IO-320-D1B yang mempunyai output 160hp dan mampu terbang sepantas 160 knot (296km/j) dengan jarak kembara 400 batu nautika (740km) dengan satu tangki penuh.

Berdasarkan maklumat tidak rasmi, pesawat yang terlibat mempunyai nombor pendaftaran I-POOC. Carian pesawat itu di laman Flightradar menunjukkan yang ia berlepas daripada Lapangan Terbang Subang (SZB) pada jam 01:21 petang dan data ADS-B terputus pada jam 01:30 petang pada ketinggian 350 meter.

Ia mungkin menjelaskan kenapa bangkai pesawat rosak teruk berdasarkan gambar di darat dan konsisten dengan video amatur yang menunjukkan terdapat serpihan asing jatuh dari langit.

Tags: kaparkemalanganpesawat
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Kapal terbang ringan meletup di ruang udara Kapar, Klang?

Kapal terbang ringan meletup di ruang udara Kapar, Klang?

13 February 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER