• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sekat spam di Whatsapp terus di kunci skrin, mudah & jimat masa

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:58 am
  • 13/02/2024
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi permesejan sosial popular, WhatsApp memperkenalkan ciri baharu yang dapat membantu menangani spam dan individu tidak dikenali terus dari kunci skrin (lock screen).

Ciri baharu itu sangat berguna kerana ia membolehkan mesej daripada nombor tidak dikenali disekat terus dari kunci skrin atau bar notifikasi, tanpa perlu membuka aplikasi WhatsApp.



Cara menyekat dari skrin kunci

Sebelum ini, jika anda mahu menyekat ruang sembang atau individu, terdapat dua cara yang boleh dilakukan, namun kedua-duanya memerlukan anda untuk membuka aplikasi:

  • Buka aplikasi > Bahagian Tetapan > Privasi > Kenalan disekat > Tambah > Cari atau pilih kenalan yang ingin disekat
  • Buka aplikasi > Pilih ruang sembang > Tekan lama > Pilih untuk menyekat

Agak leceh, kan? Tetapi dengan fungsi terbaharu daripada WhatsApp membolehkan anda menyekat semua spam atau mesej daripada individu tidak dikenali tanpa perlu membuka aplikasi.



Cara menyekat dari skrin kunci

Anda boleh mengikuti langkah di bawah untuk menggunakan ciri sekatan baharu di WhatsApp:

240213 WhatsApp Fungsi Sekatan Kunci Skrin
Notifikasi daripada WhatsApp
  1. Pastikan WhatsApp dikemas kini kepada versi terkini
  2. Semak dan hidupkan tetapan untuk paparan notifikasi pada skrin kunci (jika dimatikan secara lalai)
  3. Apabila muncul notifikasi mesej pada skrin kunci, hanya tekan lama pada mesej
  4. Akan muncul paparan pilihan untuk menyekat selain pilihan membalas mesej
  5. Anda juga boleh memilih untuk melapor pengirim mesej yang tidak dikenali
240213 WhatsApp Fungsi Sekatan Kunci Skrin
Pilihan untuk melaporkan pengirim mesej

Walaupun sudah terdapat fungsi untuk menyekat spam sebelum ini, tetapi untuk melakukannya, anda perlu membuka aplikasi terlebih dahulu sebelum menyekat mesej atau individu yang tidak diingini. Jadi, dengan kemas kini terbaharu WhatsApp ini, memang menjimatkan masa.

Suka untuk diingatkan bahawa fungsi ini hanya tersedia dalam versi terkini WhatsApp. Sekiranya anda masih belum dapat menggunakannya, kenalah kemas kini aplikasi itu terlebih dahulu.

Saya sendiri sudah pun mengemas kini aplikasi WhatsApp di telefon pintar tetapi masih tidak tersedia fungsi itu. Anda juga alami masalah seperti saya? Mungkin kita sama-sama perlu menunggu dan bersabar sikit. Ini memandangkan kemas kini itu adalah secara berperingkat, jadi pastinya ia akan mengambil sedikit masa sebelum tiba ke peranti kita.

[Sumber: Android Central]

Bacaan berkaitan:

  • WhatsApp akan perkenalkan ciri perkongsian fail seperti AirDrop & Nearby Share
  • WhatsApp perkenal ciri sunting pelekat di dalam aplikasi, ini cara gunanya
  • WhatsApp akan ada fungsi carian nama pengguna, lebih privasi
Tags: Fungsi sekatanmesej whatsappSekat ruang sembangspam WhatsAppwhatsapp
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Sekat spam di Whatsapp terus di kunci skrin, mudah & jimat masa

13 February 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER