• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Miliki Galaxy A15/A25 5G dan kumpul ganjaran berganda untuk naik taraf telefon lebih berkuasa

  • OLEH Penaja
  • 3:10 pm
  • 14/02/2024
  • Komen
Miliki Galaxy A15/A25 5G dan kumpul ganjaran berganda untuk naik taraf telefon lebih berkuasa
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]

Telefon pintar Samsung merupakan salah satu peranti yang boleh diyakini kerana ia bukan sahaja menawarkan prestasi yang disukai ramai, malah ia menyediakan ganjaran yang sukar ditemui pada jenama lain. Lebih menarik lagi, semakin banyak fungsi yang terdapat pada model yang mahal, kini terdapat pada model yang lebih mampu milik.

Terbaru, Samsung telah melancarkan telefon pintar Galaxy A15, Galaxy A15 5G dan Galaxy A25 5G. Telefon baru ini boleh dibeli di Malaysia dari serendah RM999 dan ia dilengkapi satu ciri yang boleh menjadi teman membeli-belah anda iaitu Samsung Wallet.

Dengan Samsung Wallet, pengguna bukan sahaja menerima akses kepada fungsi pembayaran mudah melalui peranti dengan Samsung Pay. Malah dapat mengumpul ganjaran dengan lebih pantas berbanding menggunakan kad debit/kredit seperti biasa.

Beli telefon dengan mata ganjaran Samsung Rewards

Khas di telefon pintar Galaxy, pengguna boleh mengumpul mata ganjaran Samsung Rewards dengan pantas kerana mata diberikan berdasarkan transaksi, bukan jumlah bayaran. Tidak perlu berbelanja banyak untuk mendapatkan mata ganjaran Samsung Rewards. Hanya sentuh untuk membuat bayaran bila-bila masa, di mana jua.

Ia menjadi lebih bernilai kerana mata ganjaran ini boleh digunakan untuk membeli peranti Samsung di laman web www.samsung.com. Pengguna boleh menggunakan Samsung Rewards untuk membayar sehingga 99% nilai peranti Samsung. Sehingga RM720 rebat boleh dikumpul setahun dengan Samsung Wallet. Lagi banyak mata, lagi canggih telefon yang boleh dimiliki. Contohnya, telefon Galaxy S23 FE boleh dibeli pada harga RM339 selepas ditebus dengan 72,000 mata. Lebih menarik lagi, anda boleh mendapat rebat sehingga RM500 jika menukar tebus telefon lama untuk telefon baru.

Banyak kupon dan ganjaran berganda

Di samping itu, pengguna juga disediakan dengan pilihan pelbagai baucar dan kupon untuk ditebus menggunakan mata ganjaran Samsung Rewards. Samsung telah bekerjasama dengan pelbagai jenama untuk menyediakan ganjaran ini, antaranya ZUS Coffee , Grab, TGV Cinemas dan banyak lagi. Contohnya untuk bulan Januari, dapatkan kupon diskaun RM20 untuk pembelian Pizza Domino bersaiz besar dengan menebus 1 mata sahaja.

Tetapi perkara paling bernilai sekali adalah, pengguna Samsung Wallet menikmati ganjaran berganda. Di samping mengumpul mata ganjaran Samsung Rewards, pengguna juga dapat mengumpul mata ganjaran kad bank yang digunakan menerusi satu bayaran. Dalam satu bayaran, mata Samsung Rewards dapat, mata ganjaran bank pun dapat kalau bayar dengan Samsung Wallet.

Labur RM999 untuk pulangan lebih besar

Jika dipandang dari sudut paling positif, membeli telefon Samsung Galaxy A15 / A25 5G merupakan satu pelaburan yang menguntungkan. Bayangkan, telefon pintar ini boleh memberi rebat bernilai serupa dengan harganya dalam masa setahun sahaja. Sangat menakjubkan bukan.

Lagipun, telefon Samsung kini ada jaminan paling panjang untuk sebuah peranti mampu miliki. Ia bukan sahaja diberikan waranti selama 2-tahun, malah ia dijanjikan kemaskini sistem operasi selama 4-tahun serta kemaskini keselamatan selama 5-tahun. Ini boleh menghilangkan sebarang kegusaran untuk menggunakan peranti untuk satu tempoh yang lama.

Tunggu apa lagi, melaburlah untuk pulangan positif dengan Samsung Galaxy A15/ A25 5G. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Samsung Malaysia.

Tags: galaxy a15Galaxy A25penajasamsungSamsung Galaxy A15Samsung Galaxy A25
Penaja

Penaja

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Miliki Galaxy A15/A25 5G dan kumpul ganjaran berganda untuk naik taraf telefon lebih berkuasa

Miliki Galaxy A15/A25 5G dan kumpul ganjaran berganda untuk naik taraf telefon lebih berkuasa

14 February 2024
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER