• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Hot 40i dan Hot 40 Pro akan dilancar bersama edisi terhad Free Fire, ada kipas penyejuk

  • OLEH Najib
  • 11:57 am
  • 14/02/2024
  • Komen
Infinix Hot 40i dan Hot 40 Pro akan dilancar bersama edisi terhad Free Fire, ada kipas penyejuk
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix Malaysia kini mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan dua model telefon pintar mampu milik baru, di bawah siri Hot 40. Malah, Infinix akan meneruskan kerjasama mereka dengan permainan tembak menembak popular, Free Fire untuk edisi terhad.

Dua model yang akan akan dilancarkan di Malaysia kelak adalah Hot 40i dan Hot 40 Pro, menandakan ketiadaan model Hot 40 yang biasa. Pelancarannya di Malaysia akan diadakan pada hari Isnin, 19 Februari 2024.



sumber

Edisi Terhad Free Fire

Edisi terhad Free Fire akan datang pada model Hot 40 Pro. Ia menampilkan beberapa ciri eksklusif Free Fire pada telefon seperti watak Free Fire dan haiwan peliharaan sebagai tema telefon, serta di dalam permainan Free Fire. Jika ia sama seperti Hot 30 Free Fire dahulu, pengguna juga akan menerima kotak edisi terhad Free Fire.

Menariknya, siri Hot 40 telah dilancarkan di Thailand, termasuk edisi terhad Free Fire. Ia juga datang dengan beberapa aksesori tambahan. Antaranya kotak rekaan istimewa, pelekat, lanyard serta kipas penyejuk. Ini menjadikannya telefon gaming bajet dan sangat mampu milik untuk peminat.



Spesifikasi Hot 40 Pro

Infinix Malaysia telah berkongsi beberapa maklumat mengenai telefon yang bakal dilacarkan ini. Malah, ia memiliki spesifikasi yang serupa dengan model yang telah dilancar di Thailand.

Kuasa penggerak utama Hot 40 Pro menggunakan cipset Helio G99 6nm, cip 4G terbaik daripada Mediatek walaupun sudah agak berusia. Ia dipadankan dengan RAM 8GB yang boleh ditambah secara maya sehingga 16GB, bersama storan besar 256GB.

Paparannya jenis LCD sebesar 6.78-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Ia ada lubang kecil di dahi yang memuatkan kamera hadapan 32MP. Terdapat juga fungsi digelar Magic Ring yang membesarkan ruang hitam seakan ‘Dynamic Island’ di iPhone 15 Pro, bagi memaparkan maklumat dan notifikasi dengan lebih menarik.

Di belakang, terdapat tiga kamera yang digelar Infinix sebagai kamera AI. Tetapi ia tidak menjelaskan apa 3 kamera tersebut, melainkan kamera utama 108MP dan kamera makro 2MP. Berkemungkinan besar, kamera ketiga bukanlah kamera sebenar. Sekadar lensa tambahan.

Untuk tenaga, Infinix Hot 40 Pro dibekalkan bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia boleh dicas pantas dengan kuasa sehingga 33W menerusi USB-C. Sistem operasi XOS 13.5 berasaskan Android 13 digunakan pada Infinix Hot 40 Pro.

Satu perkara yang ditekankan oleh Infinix adalah penggunaan antena Metamaterial, unik untuk peranti dalam kelasnya. Dikatakan ia memiliki ruang liputan 3x lebih besar daripada biasa, membolehkan penerimaan dan penghantaran data wayarles lebih pantas dan stabil.

Sistem bunyi stereo terdapat pada Hot 40 Pro. Ia juga hadir dengan sokongan NFC untuk pembayaran tanpa sentuh seperti Google Pay dan pengimbas capjari di butang kuasa.

Di Thailand, Infinix Hot 40 Pro ditawarkan dalam empat warna iaitu hijau, emas, biru dan hitam. Warna hijau adalah warna yang sangat unik kerana ia boleh bersinar dalam gelap seakan ruang angkasa. Adakah warna hijau ini akan datang ke Malaysia? Kena tunggu pelancarannya minggu hadapan.

Spesifikasi Hot 40i

Seperti biasa, Hot 40i adalah model terendah dalam keluarganya. Ia bermula dengan penggunaan cip berkuasa rendah, Unisoc T616 12nm. Di Thailand, Hot 40i ditawarkan dengan RAM 8GB dan storan 256GB, ruang yang agak besar untuk sebuah telefon yang sangat mampu milik.

Skrinnya sudah pasti jenis LCD, dengan ukuran 6.56-inci berlubang kecil di dahi. Resolusi hanya pada HD 720p bersama kadar penyegaran 90Hz. Tetapi Infinix turut menerapkan fungsi Magic Ring pada telefon ini.

Bateri berkapasiti 5,000mAh dipasang di dalam Hot 40i dan ia menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Satu lagi kelebihan yang sukar ditemui pada harga sebegini. Pengimbas capjari ada pada butang kuasa.

Kamera pula hanya ada dua belakang, dengan kamera utama 50MP F1.6 dan kamera kedua digelar kamera AI. Kamera hadapan di dalam lubang, dilengkapi sensor resolusi tinggi 32MP.

Speaker pada Hot 40i hanya mono tetapi dikatakan ia mempunyai kuasa 200% lebih lantang. Sistem operasi yang digunakan adalah XOS 13, berasaskan Android 13.

Di Thailand, Hot 40i ditawarkan dalam empat warna iaitu emas, hitam, biru dan hijau.

Harga Infinix Hot 40 Pro dan Hot 40i di Malaysia

Sudah pasti harga rasmi untuk telefon ini akan diumumkan di majlis pelancarannya, pada 19 Februari 2024. Tetapi kami ada menemui penjual di Malaysia yang sudah mula menyenaraikan Infinix Hot 40 Pro dan Hot 40i bersama harga.

Perkara ini kami lihat disenaraikan oleh DirectD, salah satu penjual peranti terkemuka di Malaysia. DirectD memaparkan harga untuk Hot 40 Pro dan Hot 40i bersama jaminan 1 tahun dari Infinix Malaysia, tetapi tidak pula kelihatan edisi terhad Free Fire.

Harga Hot 40 Pro dan Hot 40i di DirectD adalah seperti berikut:

  • Infinix Hot 40 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM699
  • Infinix Hot 40i (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM549

Untuk Hot 40 Pro, terdapat tiga pilihan warna iaitu biru, hitam dan emas. Manakala Hot 40i hanya ada satu warna sahaja iaitu hitam. Tiada sebarang promosi seperti diskaun dan hadiah percuma.

Adakah benar harga yang disenaraikan ini? Kita kena tunggu pelancaran siri Hot 40 di Malaysia pada hari Isnin minggu hadapan.

Bacaan Berkaitan

  • Infinix Hot 30 dan Hot 30i diganda storan & RAM, harga kekal tapi ada diskaun RM100
  • Infinix lancar siri Hot 40, hadir dengan Dynamic Island dan kamera utama 108MP
  • Infinix Smart 8 Pro, kamera 50MP dan ciri Dynamic Island paling murah di Malaysia
Tags: InfinixInfinix Hot 40Infinix Hot 40 ProInfinix Hot 40i
Najib

Najib

POPULAR

Infinix Hot 40i dan Hot 40 Pro akan dilancar bersama edisi terhad Free Fire, ada kipas penyejuk

Infinix Hot 40i dan Hot 40 Pro akan dilancar bersama edisi terhad Free Fire, ada kipas penyejuk

14 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER