• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kemas kini siri Samsung Galaxy S24, atasi masalah paparan dan kamera

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:07 pm
  • 15/02/2024
  • Komen
Samsung Galaxy S24, S24+, S24 Ultra: Harga rasmi dan promosi tempahan awal di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung mengumumkan kemas kini pertama siri Galaxy S24 bagi mengatasi isu berkaitan paparan dan kualiti foto dialami penggunanya. Kemas kini tersebut akan tersedia untuk semua model di bawah siri Galaxy S24 iaitu Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra.

Samsung mengatakan kemas kini yang ditawarkan adalah berdasarkan maklum balas yang diterima bagi memberikan pilihan dan pengalaman yang lebih baik melibatkan paparan dan kamera peranti yang akan dapat dicapai melalui peningkatan perkakasan dan perisian.



Peningkatan paparan dan fungsi kamera

Dengan melakukan penyesuaian ‘Kecerahan’ pada bahagian ‘Tetapan Lanjutan’, pemilik S24 boleh menikmati paparan yang lebih hidup. 

240215 Samsung Galaxy S24 Kemas Kini

Melalui kemas kini yang diperkenalkan Samsung, pengguna boleh mengubah tetapan paparan untuk mendapatkan visual yang lebih semula jadi. Ia boleh dilakukan dengan membuat penyesuaian ‘Kecerahan’ pada bahagian ‘Tetapan Lanjutan’.



Pengguna boleh mendapatkan visual yang lebih hidup dengan meningkatkan slider kecerahan mengikut kesesuaian pada peranti Galaxy S24. Ini kerana ramai pengguna mengadu bahawa warna pada paparan visual Galaxy S24 terlalu ‘suram’ atau pudar.

Selain memperbaiki masalah paparan, fungsi kamera utama juga akan dipertingkat dan dioptimumkan bagi mengatasi masalah yang dialami pengguna seperti isu image shifting semasa menggunakan zum pada kamera. Ini termasuk peningkatan pada fungsi zum peranti, Mod Potret, Nightography, keupayaan rakaman video kamera belakang, dan banyak lagi.

Menurut Samsung, kemas kini yang ditawarkan untuk siri Galaxy S24 itu akan mula tersedia mulai penghujung bulan ini. Jadi jika anda merupakan salah seorang pemilik Galaxy S24, bolehlah menyemak dan melakukan kemas kini sekiranya sudah tersedia untuk peranti anda.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki Galaxy S24, boleh membaca reviu kami mengenai peranti keluaran Samsung di sini.

[Sumber: Samsung] 

Bacaan berkaitan:

  • Samsung Galaxy S24, S24+, S24 Ultra: Harga rasmi dan promosi tempahan awal di Malaysia
  • Samsung Galaxy S24 dan Galaxy S24+: Diperkasa fungsi pintar Galaxy AI dan dijamin terima Android 21
  • [REVIU] Galaxy S24: Bukan sekadar telefon flagship kompak, tapi sarat dengan kuasa AI
Tags: Galaxy AIGalaxy S24Galaxy S24 UltraGalaxy S24+samsungSamsung Galaxy S24siri Samsung Galaxy S24
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Samsung Galaxy S24, S24+, S24 Ultra: Harga rasmi dan promosi tempahan awal di Malaysia

Kemas kini siri Samsung Galaxy S24, atasi masalah paparan dan kamera

15 February 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER