• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peminat di Malaysia boleh mula tempah PlayStation 5 Slim, harga bermula RM2,069

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:14 pm
  • 15/02/2024
  • Komen
Peminat di Malaysia boleh mula tempah PlayStation 5 Slim, harga bermula RM2,069
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Malaysia mengumumkan yang PlayStation 5 (PS5) Slim sudah mula boleh ditempah sekarang. Hari pertama jualan PS5 Slim telah ditetapkan pada 20 Februari 2024 ini. Berikut adalah harga jualannya:

  • PS5 Disc (Slim) – RM2,499
  • PS5 Digital (Slim) – RM2,069
  • PS5 Digital (Slim) + 2 DualSense Wireless – RM2,399
  • PS5 Disc (Slim) + 2 DualSense Wireless – RM2,799

Seperti biasa, tempahan awal boleh dilakukan melalui beberapa saluran dalam talian. Laman rasmi Sony Malaysia ada menyediakan kemudahan tempahan awal di pautan ini ataupun anda boleh lakukan perkara yang sama di Lazada ataupun Shopee.



Spesifikasi PS5 Slim

Harga itu masih sama seperti harga jualan sedia ada. Sebenarnya harga sudahpun diselaraskan sejak Ogos 2022. Harga pelancaran adalah bermula RM1,869. Harga sudah ada namun bilakah ia akan mula dijual di Malaysi amasih belum ada. Perubahan paling ketara yang baharu dengan yang lama adalah pada dimensinya. PS5 baharu kini 30% lebih nipis agar tidak memakan ruang yang banyak di ruang tamu anda. Jisimnya juga berjaya dikurangkan sebanyak 18% supaya lebih mudah dikenalikan.

Lebih menarik, PS5 versi Digital kini mempunyai pilihan untuk memasang pemacu cakera Blu-ray secara berasingan. Makanya, tak perlu pening nak pilih versi fizikal ataupun versi digital. Aksesori ini berharga RM529. Lagi yang dijual berasingan sekarang adalah kaki penyangga yang berharga RM129.



Port I/O juga telah dikemas kini. Anda beroleh 2 port USB-C di bahagian depan manakala di bahagian belakang anda beroleh 2 port USB-A. Lagi perubahan yang dibawakan adalah storan dalamannya kini betul-betul 1TB berbanding dulu 825GB.

Spesfikasi asas lain dilihat tidak berubah. Atas papan utama, ia masih dikuasakan pemproses berasaskan AMD Ryzen yang terdiri daripada 8 teras dan 16 bebenang pemproses bekerja pada kelajuan sehingga 2.5Ghz.

Sumber: Sony

Tags: playstation 5ps5SonySony Malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Peminat di Malaysia boleh mula tempah PlayStation 5 Slim, harga bermula RM2,069

Peminat di Malaysia boleh mula tempah PlayStation 5 Slim, harga bermula RM2,069

15 February 2024
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN