• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Masalah stok Sony PS5 belum selesai, kini harganya naik 10% di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:25 am
  • 26/08/2022
  • Komen
Masalah stok Sony PS5 belum selesai, kini harganya naik 10% di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat permainan konsol pasti kecewa hari ini. Konsol Sony Playstation 5 (PS5) yang sangat sukar dibeli kerana ketiadaan stok, kini diumumkan harganya dinaikkan lebih mahal.

Sony pada awalnya mengumumkan kenaikan harga untuk pasaran besar seperti di Eropah, China, Jepun dan Kanada. Tidak lama kemudian, pengumuman ini disusuli oleh Sony untuk pasaran di Asia Tenggara, termasuk di Malaysia.



Harga baru Sony PS5 di Malaysia kini adalah:

  • PlayStation 5 Digital Edition dengan SSD 825GB – RM2,069 (harga lama RM1,869)
  • PlayStation 5 Blu-Ray dengan SSD 825GB – RM2,499 (harga lama RM2,299)

Kenaikan harga untuk Digital Edition adalah 10.7% manakala model Blu-Ray naik harga 8.7%. Ini boleh dikatakan tidak terlalu tinggi, memandangkan kenaikan harga di negara lain mencecah sehingga 23.8%.



Harga baru Sony PS5 untuk pasaran Asia Tenggara yang lain pula seperti berikut:

  • Singapura – Digital Edition SGD669 (~RM2,154), Blu-Ray SGD799 (~RM2,572)
  • Indonesia – Digital Edition IDR8,199,000 (~RM2,475), Blu-Ray IDR9,699,000 (~RM2,928)
  • Thailand – Digital Edition THB15,690 (~RM1,959), Blu-Ray THB18,690 (~RM2,334)
  • Filipina – Blu-Ray PHP30,790 (~RM3,845)
  • Vietnam – Blu-Ray VND15,990,000 (~RM3,052)

Sony menjelaskan, kenaikan harga ini adalah perlu kerana suasana ekonomi global semasa dan kesannya kepada perniagaan Sony. Keutamaan Sony masa kini adalah untuk meningkatkan pengeluaran PS5 supaya lebih ramai peminat boleh mendapatkannya.

Keputusan sukar untuk menaikkan harga ini terpaksa dibuat memandangkan kadar inflasi sedunia yang meningkat, di samping kadar tukaran watawang yang tidak menentu. Ia telah memberi tekanan kepada banyak industri, termasuk Sony sendiri.

Agak pelik pula, apabila Sony turut menyatakan bahawa harga di Amerika Syarikat tidak dinaikkan dan kekal tidak berubah.

Jika anda sempat membelinya sebelum kenaikan harga ini, anda memang bertuah. Tetapi jika anda membelinya lebih mahal daripada penjual dan pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab, perkara ini pasti tidak merisaukan anda.

[Sumber: Playstation]

Tags: ps5Sonysony playstation 5sony ps5
Najib

Najib

POPULAR

Masalah stok Sony PS5 belum selesai, kini harganya naik 10% di Malaysia

Masalah stok Sony PS5 belum selesai, kini harganya naik 10% di Malaysia

26 August 2022
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN