• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

LG bawakan Apple AirPlay ke TV hotel, hanya scan kod QR

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:24 pm
  • 16/02/2024
  • Komen
240216 Apple AirPlay Hotel LG
Share on FacebookShare on Twitter

Ketika persidangan Worldwide Developers Conference (WWDC) yang berlangsung tahun lepas, Apple mengumumkan satu ciri menarik bagi pelancong dengan kehadiran AirPlay ke bilik hotel.

Bermula dengan iOS 17.3 dan iPadOS 17.3, anda boleh memainkan kandungan dari iPhone atau iPad secara wayarles ke TV bilik hotel melalui AirPlay. Ciri itu dijangka tersedia dalam beberapa bulan akan datang. 



Fungsi ini membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan penstriman pilihan, serta memainkan media secara terus dari peranti. Ini tidak hanya merangkumi video atau gambar peribadi yang disimpan di telefon, tetapi juga kandungan dari platform penstriman seperti Hulu atau Disney+

Apple AirPlay dengan TV LG

LG menjadi pengeluar pertama yang menyokong teknologi Apple AirPlay untuk hotel, yang menawarkan pengalaman lancar dan selamat bagi tetamu hotel untuk berkongsi kandungan dari iPhone atau iPad ke TV.



Menurut Naib Presiden Hospitaliti di LG Business Solutions USA, Michael Kosla “AirPlay akan diperkenalkan kepada tetamu melalui TV LG Pro:Centric Smart di beberapa lokasi terpilih”.

240216 Apple AirPlay Hotel LG
Antara model dalam TV LG Pro:Centric Smart

Hotel IHG terpilih 

IHG Hotels & Resorts akan menjadi yang pertama menawarkan Apple AirPlay di hotel-hotel terpilih. IHG memiliki pelbagai jenama hotel yang terkenal di Amerika Syarikat dan luar negara, termasuk Holiday Inn, Crowne Plaza, Kimpton, InterContinental, Candlewood Suites, Staybridge Suites, Hotel Indigo, Avid, dan lain-lain.

Ketua Pegawai Komersial & Teknologi di IHG Hotels & Resorts, George Turner menyatakan bahawa teknologi ini bertujuan untuk mencipta suasana seperti di rumah, meningkatkan pengalaman pengunjung hotel sama ada dalam perjalanan perniagaan atau berehat.

Akses AirPlay dengan kod QR

Dengan adanya Apple AirPlay di bilik hotel, ia membolehkan pengunjung menggunakan peranti dan antara muka yang sering digunakan untuk mengawal apa yang mereka ingin tonton atau dengar, meningkatkan pengalaman pengguna secara keseluruhan.

Pengunjung juga tidak perlu lain membeli kandungan per-view setiap kali menginap di hotel, sebaliknya boleh menggunakan langganan penstriman peribadi atau media sendiri.

240216 Apple AirPlay Hotel LG

Penawaran Apple AirPlay akan tersedia pada TV LG Pro:Centric Smart model 2023 dan terkini. Apabila ciri itu sudah boleh digunakan, pengunjung hanya perlu mengimbas kod QR unik pada TV bilik untuk memautkan peranti dengan sambungan AirPlay. Ini bagi membolehkan anda menyiarkan video, muzik dan gambar secara wayarles dari iPhone atau iPad ke TV. 

Selesai proses pautan, peranti juga akan secara automatik disambungkan kepada rangkaian WiFi hotel.

Sistem itu tidak memerlukan pengguna untuk memuat turun aplikasi atau mengingati sebarang maklumat log masuk atau kata laluan. Ia akan menjadi cara paling mudah untuk membolehkan pengunjung mengakses aplikasi hiburan peribadi dan akuan mereka pada skrin besar di bilik hotel. Setakat ini, satu-satunya perkhidmatan penstriman yang ditawarkan adalah AppleTV+.

[Sumber: MacRumors, HotelTechReport, PR Newswire]

Bacaan berkaitan:

  • Pembeli mula kembalikan Apple Vision Pro, tapi kenapa?
  • Promosi tukar bateri atau skrin iPhone di Switch, serendah RM338
  • Apple mahu guna rekaan kamera baharu untuk iPhone 16
Tags: appleApple AirPlayiOS 17.3ipadiPadOS 17.3iphonelgTV Pintar Hotel LG Pro:Centric
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240216 Apple AirPlay Hotel LG

LG bawakan Apple AirPlay ke TV hotel, hanya scan kod QR

16 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER