• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova Y72 pertaruh Butang X dan Bateri Super 6,000mAh untuk telefon kelas permulaan

  • OLEH Najib
  • 12:29 pm
  • 19/02/2024
  • Komen
Huawei Nova Y72 pertaruh Butang X dan Bateri Super 6,000mAh untuk telefon kelas permulaan
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia akan memperkemas barisan telefon pintar mereka tahun ini dengan melancarkan sebuah lagi telefon pintar mampu milik, Huawei Nova Y72. Telefon pintar kelas permulaan ini menampilkan butang X, sebuah butang yang unik dan bateri super 6,000mAh untuk menarik minat pengguna.

Harga Huawei Nova Y72

Tarikh mula jualan telefon Huawei Nova Y72 masih belum disahkan, tetapi Huawei Malaysia telah berkongsi tentang varian dan harga rasminya di Malaysia iaitu:



  • Huawei Nova Y72 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM899
Varian dan harga Huawei Nova Y72

Di samping itu, tempahan awal Huawei Nova Y72 di Stor Online Huawei Malaysia, akan menerima hadiah percuma berupa fon putik Huawei Freebuds SE 2 bernilai RM199. Pembeli terawal juga boleh menebus baucar RM20 untuk membeli Nova Y72 lebih murah.

Spesifikasi Huawei Nova Y72

Cipset yang digunakan oleh Nova Y72 tidak dimaklumkan secara rasmi, tetapi ada laporan mengatakan ia menggunakan cip Kirin 710A 14nm, sebuah cipset 4G LTE yang agak usang yang dilancar tahun 2020. RAM pula dimuatkan sebanyak 8GB bersama storan dalaman 128GB. Tidak dinyatakan sebarang sokongan kad memori luaran.



Skrin LCD 6.75-inci HD+

Skrin LCD yang digunakan Nova Y72 agak besar, berukuran 6.75-inci dengan resolousi HD 720p sahaja. Kadar penyegaran tidak disebut, boleh disimpulkan ia setakat 60Hz. Selain itu, terdapat takuk kecil di atas skrin yang memuatkan kamera hadapan 8MP F2.0 di dalamnya.

Di belakang, terdapat modul kamera dengan bulatan besar yang menempatkan kamera utama 50MP F1.8. Kamera kedua pula adalah kamera makro 2MP. Bulatan ketiga yang kecil dibawah adalah lampu LED Flash.

Kamera depan 8MP dan kamera belakang 50MP

Tarikan paling utama Nova Y72 yang ingin diketengahkan Huawei adalah butang X di sisi. Ia adalah butang pantas untuk melancarkan apa jua aplikasi yang ditetapkan pengguna. Pendek kata, ia serupa dengan butang Action di iPhone 15 Pro Max yang menggantikan butang luncur. Pengguna boleh menetapkan dua jenis aplikasi dengan cara menekan butang X dua kali, atau menekan lama.

Butang X dan bateri 6,000mAh

Selain itu, Nova Y72 memiliki bateri yang sangat besar, berkapasiti 6,000mAh untuk penggunaan sepanjang hari. Ia dikatakan boleh memainkan video berterusan sehingga 31 jam, mendegar muzik sehingga 80 jam dan melayari internet sehingga 25 jam. Kuasa mengecas pula menyokong Huawei SuperCharge 22.5W melalui USB-C.

Agak mengejutkan apabila Huawei menyatakan bahawa Nova Y72 menjalankan sistem operasi EMUI 12. Jika ia masih sama seperti dahulu, bermakna ia berasaskan Android 12. Selain itu, Nova Y72 masih tidak menyokong perkhidmatan dan aplikasi Google secara rasmi kerana masih disekat kerajaan Amerika Syarikat.

Huawei menyediakan dua pilihan warna untuk Nova Y72 iaitu hijau dan hitam. Untuk maklumat lanjut tentang telefon pintar ini, layari laman produk Huawei Nova Y72.

Bacaan Berkaitan

  • [Reviu] Huawei MatePad Pro 13.2-inci: Tablet produktiviti terbaik untuk melukis, tapi ada kekurangan besar
  • [REVIU] Huawei Freeclip: Pelari denai, marathon dan peminat kecergasan mesti suka
  • Huawei MateBook D 16 dijual bermula RM2,899, ada pilihan Intel Core i9
Tags: HuaweiNova Y72
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Nova Y72 pertaruh Butang X dan Bateri Super 6,000mAh untuk telefon kelas permulaan

Huawei Nova Y72 pertaruh Butang X dan Bateri Super 6,000mAh untuk telefon kelas permulaan

19 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER