• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Rasai revolusi AI dalam telefon pintar menerusi siri Samsung Galaxy S24

  • OLEH Penaja
  • 12:40 pm
  • 19/02/2024
  • Komen
Rasai revolusi AI dalam telefon pintar menerusi siri Samsung Galaxy S24
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan oleh Samsung

Siri Samsung Galaxy S24 adalah sebuah flagship yang menjadi tanda bermulanya era AI pada telefon pintar. Menerusi Galaxy AI, Samsung membawakan pengalaman telefon pintar serba baharu serta merubah cara anda menggunakan telefon pintar hari ini.



Ada banyak manfaat yang boleh anda ekstrak daripada ciri baharu ini terutamanya pada sudut teras telefon pintar itu sendiri iaitu alat komunikasi.

Siri Galaxy S24 permudah komunikasi merentasi sempadan

Siri Galaxy S24 memecahkan tembok komunikasi menggunakan teknologi AI. Dengan telefon ini, anda boleh berkomunikasi secara dua hala dan masa nyata walaupun anda tidak bertutur dalam bahasa pihak satu lagi.



Apa yang perlu anda lakukan adalah buat panggilan telefon seperti biasa, cari butang Call Assist dan pilih bahasa sasaran yang ingin anda terjemah. Bergunanya Call Assist ini sehinggakah pihak satu lagi tak perlu ada telefon pintar sekalipun sebaliknya apa-apa jenis telefon sekalipun boleh menerima manfaat Call Assist.

Anda bukan sahaja boleh mendengar audio yang telah diterjemah, malahan versi teks juga akan dipaparkan di atas skrin untuk mudahkan pemahaman. Sekiranya perlu, suara asal pihak sebelah sana boleh disenyapkan dan anda hanya perlu dengar versi alih suara sahaja dan anda boleh set bahasa default untuk setiap nombor.

Di luar panggilan suara, anda masih boleh gunakan fungsi terjemahan melalui aplikasi Interpreter. Ia sangat berguna sekiranya anda ingin berkomunikasi secara berdepan.

Sebanyak 13 bahasa berada dalam senarai setakat ini iaitu bahasa Cina, Inggeris, Perancis, Hindi, Itali, Jepun, Korea, Poland, Portugis, Sepanyol, Thailand, dan Vietnam. Penawaran ini akan diperluas di masa hadapan.

Siri Galaxy S24 telefon pertama dengan ciri Circle to Search daripada Google

Telefon kini adalah gerbang maklumat yang berdamping dengan kita sehari-hari. Kita guna telefon untuk pilih restoren makan tengah hari, beli-belah, ataupun cari maklumat menarik berkenaan sesuatu topik.

Circle to Search with Google adalah cara baharu boleh anda gunakan untuk mengakses maklumat dengan pantas tanpa perlu anda lancarkan apa-apa aplikasi khas. Dengan satu leretan dengan jari ataupun S-Pen, anda boleh korek info tentang subjek yang anda berminat.

Cara nak gunanya mudah sahaja. Tekan lama-lama butang kuasa dan mula lukis parameter di atas subjek yang ingin anda tahu infonya. Hasil carian yang releven akan dipaparkan dan anda boleh berinteraksi dengannya.

Ini barulah definisi sebenar maklumat di hujung jari!

Galaxy S24 bereskan kerja kasar, Anda tumpukan pada kerja halus

Dilengkapi S Pen dan berskrin besar, model seperti Galaxy S24 Ultra memang pemacu produktiviti yang ampuh. Edisi kali ini, Samsung turut membawakan ciri Note Assist ke dalam aplikasi Samsung Note.

Galaxy AI mampu menyusun dan memperkemas nota-nota yang anda taip, catat, dan tulis di dalam Galaxy Note seperti mengolah dalam format yang mudah difahami, mencadangkan tajuk dan subtajuk sesuai mengikut keperluan anda.

Apabila anda mencatatkan nota yang panjang ataupun menyalin tampal perenggan teks yang panjang daripada Internet, Note Assist turut mampu menjana rumusan dan mengekstrak maklumat-maklumat penting bagi membantu anda memahami mesej sebenar yang ingin disampaikan.

Satu lagi ciri yang nyata akan meringankan beban para wartawan ataupun pembangun kandungan di luar sana adalah Transcript Assist. Tidak lagi anda akan berdepan dengan masalah menukar sumber audio menjadi teks malahan anda boleh tukarkan teks ke dalam bahasa sasaran tertentu secara langsung.

Jimatlah masa!

Galaxy S24 merubah landskap fotografi telefon pintar

Kamera yang terbaik adalah yang berada dalam poket. Namun, lebih baik kalau kamera dalam poket anda adalah siri Galaxy S24 yang ada Galaxy AI. Dengan fungsi Photo Assist, anda beroleh sejumlah alat sunting gambar yang canggih.

Salah satunya adalah Generative Edit, ciri yang bolehkan anda pilih objek, gerakkan objek, malahan padam objek daripada gambar tanpa meninggalkan kesan yang ketara. Gambar yang senget juga boleh diperbetul tanpa perlu anda mengezum masuk.

Selain daripada Galaxy AI, jangan lupa juga untuk manfaatkan kamera Galaxy S24 Ultra yang telah ditambah baik. Dengan teknologi kamera Quad-telephoto, anda beroleh keupyaan mengezum 2x, 3x, 5x dan 10x optikal hasil penggunaan sensor 50MP yang baharu.

Ciri Space Zoom 100x kini turut diperkasa Galaxy AI untuk gambar yang lebih jelas dan cerah tanpa mengorbankan kualiti.

Dapatkan seunit siri Samsung Galaxy S24 hari ini!

Siri Samsung Galaxy S24 sudahpun berada di Malaysia sekarang.

Samsung sedang mengadakan promosi menarik pembelian siri Galaxy S24 merea sehingga 29 Februari 2024 ini. Beli mana-mana siri Galaxy S24 dan dapatkan perkara-perkara berikut:

  • E-baucar bernilai RM500
  • Peluang tukar beli sehingga RM1,150
  • Promosi PWP dan potongan RM100 untuk Galaxy Buds terpilih
  • Promosi PWP dengan potongan sehingga RM800 untuk Galaxy Tablet dan Galaxy Watch terpilih
  • Potongan sehingga 45% untuk pembelian Samsung Care+ dan lain-lain aksesori terpilih

Anda boleh layari laman rasmi Samsung untuk maklumat lanjut.

Tags: penajasamsungsamsung galaxySamsung Galaxy S24Samsung Galaxy S24 Ultra
Penaja

Penaja

POPULAR

Rasai revolusi AI dalam telefon pintar menerusi siri Samsung Galaxy S24

Rasai revolusi AI dalam telefon pintar menerusi siri Samsung Galaxy S24

19 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER