• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi A3: Adakah ini solusi Android bawah RM500 di Malaysia?

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:55 am
  • 19/02/2024
  • Komen
Redmi A3: Adakah ini solusi Android bawah RM500 di Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi telah melancarkan telefon terbaru dalam kelas permulaan yang dipanggil Redmi A3. Pelancarannya berlangsung di India, dan ia menampilkan rekaan baharu serta hadir dengan skrin besar dan kadar penyegaran pantas, walaupun berada dalam kelas permulaan yang lebih murah.

Sementara masih tiada lagi berita tentang pelancarannya yang lebih meluas di peringkat antarabangsa, telefon Redmi A3 telah pun dikesan tersenarai di laman web SIRIM sejak Disember tahun lepas. Bermakna, berkemungkinan Redmi A3 akan dilancarkan di Malaysia juga tidak lama lagi.



Sebanyak tiga model yang tersedia untuk Redmi A3 di India dengan harga bermula INR7,299 (~RM420) untuk varian RAM 3GB dan storan 64GB, INR8,299 (~RM477) untuk RAM 4GB dan storan 128GB dan INR9,299 (~RM535) bagi RAM 6GB dan storan 128GB. Jadi anda boleh jangkakan harganya di Malaysia diletakkan pada paras yang sama.

Untuk pengetahuan anda, Redmi A3 merupakan kemas kini daripada model Redmi A2+ yang dilancar di Malaysia pada April tahun lalu dengan harga RM399.



Spesifikasi Redmi A3

Apa yang menarik adalah, walaupun Redmi A3 berada dalam kategori kelas permulaan, ia hadir dengan rekaan premium pada bahagian panel belakang kerana menggunakan kemasan tekstur kulit berwarna hijau, serta menampilkan modul kamera dipanggil ‘Halo Design’. Selain hijau, ia juga tersedia dalam dua warna hitam dan biru yang disarungkan dengan panel belakang kaca.

Telefon Redmi A3 ini dikuasakan cip MediaTek Helio G36 12nm dengan pilihan RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB. Kad MikroSD turut diterima untuk peluasan storan lagi 1TB. Sistem operasi yang dijalankan merupakan Android 14 sejurus keluar kotak.

Bahagian paparannya dipasangkan skrin besar 6.7-inci pada resolusi HD dengan kadar penyegaran 90Hz. Komponen skrin tersebut dilindungi dengan kaca Corning Gorilla Glass 3. Terdapat takuk U di skrin yang menempatkan kamera hadapan 5MP.

Untuk sistem kamera di belakang, walaupun kelihatan besar modul kameranya, ia hanya dimuatkan dengan satu kamera utama yang menggunakan sensor 8MP bersama lensa pembantu 0.08MP untuk bokeh.

Menghidupkan telefon adalah bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 10W melalui USB-C. Penggunaan port USB-C ini adalah satu naik taraf berbanding port mikro-USB pada model Redmi A2+ terdahulu. Lagi ciri lain yang dilengkapi Redmi A3 termasuk pengimbas cap jari di sisi, jek audio 3.5mm, WiFi 5 dan juga Bluetooth 5.3.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Xiaomi di sini.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • Redmi A2+ dilancar di Malaysia pada harga rahmah RM399
  • Redmi Note 13 Malaysia: Hampa kerana harga naik, spesifikasi sama
  • Redmi Note 13 5G Malaysia : Sedikit turun taraf demi sambungan generasi baharu
  • Redmi Note 13 Pro+ 5G Malaysia: Telefon IP68 pertama jenama itu pada harga bermula RM1,599
Tags: RedmiRedmi A3xiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Redmi A3: Adakah ini solusi Android bawah RM500 di Malaysia?

Redmi A3: Adakah ini solusi Android bawah RM500 di Malaysia?

19 February 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER