• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Xiaomi

Rupa Xiaomi 14 Ultra didedahkan, pulau kamera gergasi dikekalkan

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:27 pm
  • 19/02/2024
  • Komen
Rupa Xiaomi 14 Ultra didedahkan, pulau kamera gergasi dikekalkan
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Xiaomi 14 yang telah diperkenal pada tahun Oktober tahun lalu di China bakal disertai dengan satu lagi model, iaitu Xiaomi 14 Ultra. Pelancarannya dijangka diadakan pada hujung bulan Februari ini di Mobile World Congress (MWC) 2024. Menjelang pelancarannya, rupa paras Xiaomi 14 Ultra kini telah didedahkan secara rasmi oleh Xiaomi.

Reka bentuk seakan Xiaomi 13 Ultra

Salah satu perkara utama yang dapat dilihat adalah, Xiaomi masih meneruskan kerjasama mereka dengan pakar kamera Leica untuk model Xiaomi 14 Ultra. Keseluruhan rekaan bentuk luarannya juga nampak sama seperti Xiaomi 13 Ultra terdahulu, tetapi dengan sisi telefon yang kini rata menyerupai telefon lain dalam siri Xiaomi 14.



Ini bermaksud, paparannya juga tidak lagi melengkung tetapi rata sepenuhnya sehingga ke sisi telefon. Berdasarkan laporan portal WinFuture, dijangka paparannya akan menggunakan panel AMOLED sebesar 6.73-inci dengan resolusi 3200 x1440 dan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahannya puncaknya juga mungkin mencapai 3,000 nits dan memiliki sokongan HDR10+, sama dengan apa yang ditawarkan di Xiaomi 14.

Meet the legendary #Xiaomi14Ultra!
🟠📷🔴#XiaomiLaunch pic.twitter.com/JOkjoAb8JX

— Xiaomi Malaysia (@XiaomiMalaysia) February 18, 2024

Sementara skrin dan paparannya rata, bucu pada belakang telefon masih kelihatan melengkung, sama seperti model sebelum ini dengan panel belakangnya menggunakan kemasan kulit. Tetapi apa yang berbeza adalah ia tersedia dalam dua warna baharu iaitu hitam dan putih. Terdapat juga logo Xiaomi di kanan bawah panel belakang.



Pepulau kamera besar dengan cap Leica

Xiaomi 14 Ultra

Untuk sistem kamera, Xiaomi 14 Ultra masih menampilkan bulatan besar seakan model sebelumnya dengan cap Leica di tengah-tengah. Jelas kelihatan terdapat empat modul kamera pada pepulau kameranya. Kamera tersebut dikatakan adalah kamera utama, kamera ultra lebar dan dua lagi kamera telefoto, yang semuanya bersolusi 50MP.

Xiaomi 13 Ultra

Sekali lagi, ini sama dengan apa yang terdapat pada Xiaomi 13 Ultra. Namun, perincian tentang jenis sensor yang digunakan masih lagi tandus. Tetapi kamera utamanya dikhabarkan akan mendukung sensor bersaiz 1-inci dengan apertur hanya F1.6. Tidaklah pasti sama ada ia akan mempunyai apertur yang boleh dilaras seperti model terdahulu.

Manakala untuk kamera ultra lebarnya pula, ia akan memiliki apertur F1.8 dan dua lagi kamera telefoto menggunakan apertur F3.0. Sistem kameranya berupaya untuk merekod sehingga resolusi 8K 24fps dan 4K 60fps. Untuk kamera hadapan, kamera beresolusi 32MP masih dikekalkan dengan sokongan rakaman video pada resolusi 4K.

Pastinya diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 3

Merupakan sebuah telefon flagship, Xiaomi semestinya akan memperkasakan Xiaomi 14 Ultra dengan cip terbaru Snapdragon 8 Gen 3. Berkemungkinan besar ia akan dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan UFS 4.0 sehingga 1TB, bergantung kepada pasaran.

Menghidupkan komponen telefon adalah bateri berkapasiti 5,300mAh dengan sokongan pengecasan 90W berwayar dan 50W secara wayarles. Ciri lain yang ada pada Xiaomi 14 Ultra mungkin termasuk WiFi 7, Bluetooth 5.4, NFC dan juga pengimbas cap jari di dalam skrin dan kalis air dan debu IP68. Terdapat juga dua slot kad SIM, tetapi tiada slot mikroSD tersedia.

Jangkaan harga Xiaomi 14 Ultra

Setakat ini, tiada lagi maklumat mengenai harga Xiaomi 14 Ultra. Tetapi berdasarkan spekulasi, ia akan diletakkan pada harga EUR1,499 (~RM7,733) untuk model RAM 16GB dan storan 512GB. Sebagai perbandigan, Xiaomi 13 Ultra dilancarkan di Malaysia pada harga RM5,199 dengan konfigurasi RAM 12GB dan storan 512GB.

Dalam masa yang sama, Xiaomi juga akan melancarkan siri Xiaomi 14 di peringkat antarabangsa kerana sebelum ini ia hanya tersedia untuk pasaran China sahaja.

[Sumber: Xiaomi / WinFuture]

Bacaan berkaitan

  • Xiaomi 13 Ultra: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Siri Xiaomi 14 masuk pasaran global hujung Februari, dijangka lancarkan model baharu
  • Xiaomi 14 akan dilancar dengan HyperOS baru, telefon pertama bakal guna Snapdragon 8 Gen 3?
Tags: xiaomiXiaomi 14Xiaomi 14 Ultra
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Rupa Xiaomi 14 Ultra didedahkan, pulau kamera gergasi dikekalkan

Rupa Xiaomi 14 Ultra didedahkan, pulau kamera gergasi dikekalkan

19 February 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER