• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone anda kalis air, tapi tak kalis beras?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:13 pm
  • 20/02/2024
  • Komen
iPhone yang dilapor hilang tidak akan dibaik pulih Apple

Sumber: Ryan Adams

Share on FacebookShare on Twitter

Apple melalui beberapa dokumen-dokumen sokongan mereka ada menggariskan apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat mesej pop-pup yang mengatakan air dikesan di dalam sistem mereka. Salah satu yang akan dilakukan iPhone adalah dengan menghentikan fungsi mengecas supaya tiada kejadian litar pintas berlaku.

Namun, sesuatu yang menarik boleh ditemui pada dokumen serupa. Mereka tidak menyarankan anda meletakkan iPhone di dalam kantung berisi beras. Penjelasannya adalah zarah kecil beras boleh merosakkan iPhone. Adakah iPhone takutkan beras? Mungkin disebabkan air boleh tersejat sementara beras tidak boleh dan kekal di dalam telefon.



Apa yang dimaksudkan dengan kekalisan debu air IP68 iPhone?

Tahukah anda walaupun bermula iPhone 7, Apple telahpun mengenakan IP68 pada produk mereka, tahap kekalisan air adalah berbeza mengikut generasi iaitu:

  • Siri iPhone 12 hingga iPhone 15 boleh berada maksimum 6 meter dibawah air selama 30 minit
  • iPhone 11 Pro dan iPhone Pro Max boleh berada maksimum 4 meter dibawah air selama 30 minit
  • iPhone 11, iPhone XS, iPhone XS Max boleh berada maksimum 2 meter di bawah air selama 30 minit
  • iPhone 7 hingga iPhone XR termasuk iPhone SE (2nd Gen) boleh berada maksimum 1 meter di bawah air selama 30 minit.

Apple turut mengingatkan pengguna bahawa ciri IP68 tidaklah ciri yang kekal. Ia mungkin berkurangan dengan masa mengikut cara penggunaan telefon itu sendiri.



Apa yang perlu dilakukan jika iPhone terkena air?

Apple menggariskan beberapa panduan untuk diikuti sekiranya anda dapati iPhone telah terkena air ataupun terdapat mesej pop-up mengatakan ada air. Pertama sekali adalah cabut pengecas daripada telefon dan lap bahagian luar kedua-duanya sehingga kering.

Ketuk telefon dengan lembut dalam keadaan lubang pengecas menghala ke bawah untuk air keluar daripada lubang pengecas. Kemudian, biarkan telefon dalam ruang berpengudaraan baik supaya air boleh tersejat.

Selain tidak menyarankan untuk diletakkan di dalam bekas berisi beras, Apple juga tidak sarankan anda untuk menggunakan udara termampat untuk menembak keluar air daripada iPhone.

Tags: appleiphone
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

iPhone yang dilapor hilang tidak akan dibaik pulih Apple

iPhone anda kalis air, tapi tak kalis beras?

20 February 2024
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN