• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Opensignal: Rangkaian telco Malaysia tidak seutuh Singapura, Thailand, dan Indonesia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:00 pm
  • 20/02/2024
  • Komen
Fahmi Fadzil: Kerajaan pasang Starlink pertama di UiTM Kuala Pilah sebagai penyelesaian internet sementara
Share on FacebookShare on Twitter

Opensignal telah menerbitkan Global Reliability Experience Report yang mengadungi maklumat tentang tahap “boleh harap” rangkaian telco sesuatu negara itu. Menurut Opensignal, defini boleh harap yang mereka gunakan lebih berpusar kepada pengguna berbanding penyedia perkhidmatan. Pihak telco mungkin merujuk kepada sifar downtime sebagai boleh harap sementara di pihak pengguna, kegagalan menghantar mesej atau emel pun sudah dianggap tidak boleh harap.

Berdasarkan gambar rajah yang mengandungi 38 buah negara, Denmark didapati memiliki rangkaian telco paling utuh dengan skor 934 sementara Malaysia mencatatkan skor 790. Negara jiran Malaysia semuanya mencatatkan skor lebih tinggi seperti Singapura (867), Thailand, (841), dan Indonesia (831). Satu-satunya negara Asia Tenggara yang berada lebih bawah daripada Malaysia ialah Fillipina dengan skor 787.



Selain itu, Opensignal telah menjalankan satu survei berkaitan apakah faktor yang penting perlu ada pada sesuatu rangkaian telekomunikasi. Daripada lebih 55 ribu respons, lebih separuh daripadanya menyatakan harga, keboleh harap, dan kualiti rangkaian sebagai faktor penting jauh di atas kelajuan muat turun dan muat naik.

Ia jelas menunjukkan, walaupun kelajuan 5G Malaysia adalah yang terpantas di Asia Tenggara ataupun ketiga terpantas di dunia, semua ini hanya sia-sia sekiranya ia tidak boleh dimanfaatkan oleh pengguna.



Selain daripada skor itu, ada beberapa lagi dapatan menarik yang dikongsikan Opensignal dalam laporan yang sama iaitu:

  • Pasaran yang mencatatkan kadar pendaftaran pelanggan terlalu cepat biasanya ada skor lebih rendah
  • Pasaran yang ada pengguna prabayar terlalu ramai biasanya ada skor lebih rendah
  • Kelajuan muat turun tidak semestinya menyumbang pada skor lebih tinggi

Sumber: Opensignal

Tags: 5g malaysiaOpenSignal
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Fahmi Fadzil: Kerajaan pasang Starlink pertama di UiTM Kuala Pilah sebagai penyelesaian internet sementara

Opensignal: Rangkaian telco Malaysia tidak seutuh Singapura, Thailand, dan Indonesia

20 February 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN