• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y100 5G akan tiba dengan bateri dijamin sihat lebih 80% selepas 4-tahun

  • OLEH Najib
  • 4:58 pm
  • 20/02/2024
  • Komen
Vivo Y100 5G akan tiba dengan bateri dijamin sihat lebih 80% selepas 4-tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia memulakan tahun baru 2024 dengan melancarkan telefon flagship Vivo X100 bulan lepas. Kini mereka mahu memperkenal telefon kelas pertengahan yang tidak kurang hebatnya, Vivo Y100 5G tidak lama lagi.

Siri-Y mensasarkan kepada belia dan remaja yang gemarkan cabaran dan hiburan. Vivo Y100 membawa slogan yang selari iaitu “That’s Y100 Fun” untuk menunjukkan komitmen mereka membawa peranti yang sesuai dengan personaliti pengguna yang gemarkan hiburan setiap hari.



Naik taraf dari Vivo Y78 5G

Vivo Y100 merupakan naik taraf daripada Vivo Y78 yang dilancar tahun lepas. Ia menampilkan rekaan yang agak berbeza, terutama dengan skrin tidak lagi melengkung serta bingkai badan yang rata. Vivo juga mengiklankan warna ungu sebagai warna tema untuk Vivo Y100.

Tahun lepas, Vivo Y78 5G dilancar pada harga RM1,399 dengan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Pembeli terawal menerima hadiah percuma berupa fon telinga TWS, jaminan tambahan lanjutan 180 hari, perlindungan skrin 180 hari dan pelindung skrin. Jangkakan harga ViVo Y100 tidak jauh berbeza dengan Vivo Y78.



Vivo Malaysia juga sedang mengadakan pertandingan di Facebook yang menyediakan hadiah istimewa. Hanya cari Vivo Y100 Purple Leather di Google dan kongsikan tangkap layar serta tanda pagar berkaitan di komen Facebook Vivo Malaysia. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Spesifikasi Vivo Y100

Menariknya, Vivo Malaysia telah berkongsi spesifikasi penuh Vivo Y100 di laman web rasmi mereka. Ia dikuasakan cipset Snapdragon 4 Gen 2 4nm, dengan RAM LPDDR4X seluas 8GB serta storan dalaman UFS 2.2 sebesar 256GB. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB untuk meluaskan storan.

Skrinnya sangat cerah, jenis AMOLED seluas 6.67-inci HD penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahan skrin ini boleh mencecah 1,200 nits. Pengimbas capjari turut dipasang di dalam skrin.

Lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera hadapan 8MP F2.0. Manakala di belakang, ia dilengkapi kamera utama 50MP F1.8 dan kamera ultra lebar 8MP F2.2. Lensa ketiga dimuatkan dengan ‘Flicker Sensor’.

Bateri berkapasiti 5,000mAh dipasang di dalam Vivo Y100. Keupayaan mengecasnya dipertingkat ke 80W, menerusi USB-C. Vivo juga menyatakan, kapasiti bateri akan kekal melebihi 80% selepas 4-tahun digunakan.

Sistem operasi FunTouch OS 14, berasaskan Android 14 digunakan oleh Vivo Y100. Sistem bunyi padanya stereo dan ia tiada lagi jek audio 3.5mm.

Terdapat dua pilihan kemasan dan warna disediakan, iaitu kemasan kulit berwarna ungu atau kaca berwarna hitam.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Vivo Y100. Nantikan maklumat pelancarannya daripada kami tidak lama lagi.

Bacaan Berkaitan

  • Vivo Y78 5G perkenal skrin AMOLED 3D dan kamera OIS pada harga lebih mampu milik
  • Skrin OLED melengkung serta kamera 64MP OIS tak sampai RM1,500? Hanya dengan vivo Y78 5G
  • Vivo Y78 5G, skrin AMOLED 3D pada harga lebih mampu milik
Tags: vivoVivo Y100
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Vivo Y100 5G akan tiba dengan bateri dijamin sihat lebih 80% selepas 4-tahun

Vivo Y100 5G akan tiba dengan bateri dijamin sihat lebih 80% selepas 4-tahun

20 February 2024
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER