• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shopee ubah struktur komisen sempena SST 8%, tanda harga barang akan naik lagi?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:47 am
  • 21/02/2024
  • Komen
Shopee ubah struktur komisen sempena SST 8%, tanda harga barang akan naik lagi?
Share on FacebookShare on Twitter

Shopee melalui laman bantuan pelanggannya mengumumkan perubahan struktur komisen bermula 1 Mac 2024 ini bagi mematuhi kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baharu. Kastam mengumumkan bahawa kadar SST akan berubah daripada 6% kepada 8% seperti yang telah diumumkan di laman rasmi mereka.

Bermula dengan kadar asas transaksi untuk setiap jualan, ia telah dinaikkan sebanyak 0.06% kepada 2.16%. Kemudian, komisen-komisen untuk program istimewa juga naik sehingga 0.14%. Berikut adalah senarainya:



  • Marketplace Comission Fee naik sehingga 0.08%
  • Shopee Cashback Program naik 0.06%
  • Free Shipping Programme naik 0.10%
  • Shopee Cashback Programme + Free Shipping Programme naik 0.14%
  • Shopee Mall Comission Fee naik sehingga 0.14%

Walaupun pengumuman ini hanya melibatkan penjual yang memasarkan produk mereka di Shopee secara langsung, ia secara tak langsung akan melibatkan kita sebagai pengguna. Dengan kenaikkan kos operasi, tak mustahil harga barangan di Shopee juga akan naik sekiranya penjual tidak mahu menyerap kenaikan ini kerana yang pasti Shopee tidak akan melakukannya.

Selain SST, terdapat satu lagi perubahan cukai yang berlaku dalam masa terdekat. Awal Januari 2024 yang lalu, platform jualan dalam talian termasuklah Shopee mula mengutip cukai Low Value Goods (LVG) sebanyak 10% ke atas barangan yang diimport daripada luar.



Apakah cukai LVG?

Cukai memang dikenakan untuk sebahagian besar barangan import yang dibawa masuk. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan ke atas barang bernilai tidak melebihi RM500 (LVG) yang masuk melalui lapangan terbang antarabangsa.

Inilah yang ingin diubah kerajaan. Mereka ingin memansuhkan pengecualian yang telah dinikmati penjual luar sejak sekian lama. Dengan pemansuhan ini, semua penjual tak kiralah sama ada penjual tempatan ataupun luar negara akan menghadapi persaingan yang lebih adil.

Kesannya kepada kita yang gemar berbeli belah dalam talian adalah kita mungkin menyaksikan jurang harga produk yang lebih rapat antara yang dihantar dari luar negara berbanding yang dihantar dari dalam negara.

Sumber: Shopee

Bacaan berkaitan

Shopee sokong cukai LVG 10%, beri kelebihan kepada PKS & e-dagang Malaysia

Lazada & Shopee mula kutip LVG 10%, anda perasan kenaikkan harga?

Promo 11.11: Ini senarai barangan harga runtuh di Lazada & Shopee

Tags: CukaikastamShopee
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Shopee ubah struktur komisen sempena SST 8%, tanda harga barang akan naik lagi?

Shopee ubah struktur komisen sempena SST 8%, tanda harga barang akan naik lagi?

21 February 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN