• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

IKEA buka pusat pengambilan barang terbaru di Terengganu

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:14 pm
  • 23/02/2024
  • Komen
Ikea kembali beroperasi untuk pembelian dan penghantaran
Share on FacebookShare on Twitter

Pelanggan IKEA sekarang memiliki satu lagi pilihan baharu untuk mengambil barang pembelian mereka, terutamanya untuk pelanggan di Pantai Timur. Ini kerana, IKEA telah mengumumkan pembukaan pusat pengambilan barang terbaru bertempat di Terengganu.

Dengan ini, pelanggan di Terengganu tidak lagi perlu bergantung untuk penghantaran terus ke rumah, sebaliknya boleh sahaja menggunakan khidmat pengambilan barang yang jauh lebih murah. Harga yang dikenakan untuk pengambilan barang adalah RM98, manakala penghantaran terus ke rumah di Terengganu berharga RM163.



Berikut adalah alamat spesifik bagi titik pengambilan barang IKEA di Terengganu:

  • Lot 3766A, Jalan Salak Chabang Tiga, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu.

Sebelum ini, titik pengambilan terdekat bagi pelanggan Terengganu ataupun sekitar Pantai Timur adalah Kuantan. Terengganu juga menjadi tempat ketujuh pusat pengambilan barangan IKEA selepas Kuantan, Ipoh, Melaka, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu.



Walau bagaimanapun, dilihat harga yang dikenakan untuk pengambilan barang di Terengganu adalah dua kali ganda lebih mahal berbanding tiga kawasan lain di Semenanjung iaitu di Ipoh, Melaka, dan Kuantan yang berharga RM49.

Bagaimana cara untuk mengambil barang IKEA?

Jika ada pelanggan Terengganu yang mahu membuat pembelian menggunakan kaedah ini, ia boleh dilakukan dengan cara berikut:

  1. Pilih perkhidmatan “Click & Collect” di halaman pembayaran dan pilih pusat pengambilan
  2. Anda akan terima pengesahan pesanan menerusi e-mel
  3. Tunggu e-mel kedua untuk pemberitahuan pesanan boleh mula diambil, kemudian anda boleh mengambil pesanan di kawasan yang anda pilih dari jam 8 pagi hingga 8 malam

Bagaimanapun, pengguna diingatkan untuk membuat pengambilan barang dalam masa 5 hari selepas menerima notifikasi tersebut.

Pembukaan lokasi pengambilan barang terbaru ini sudah tentu akan memudahkan pelanggan Terengganu untuk berbelanja dan memungut barangan pembelian daripada IKEA. Namun, ia masih tidak semudah seperti mempunyai stor IKEA kerana pengguna masih perlu membayar harga untuk mengambil barang pembelian.

Setakat ini, hanya ada empat cawangan IKEA di Malaysia iaitu IKEA Cheras dan IKEA Damansara di Lembah Klang, IKEA Batu Kawan di Pulau Pinang dan IKEA Tebrau di Johor.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web IKEA di sini.

[Sumber: IKEA]

  • Ikea tawar servis penghantaran lebih murah untuk penduduk Ipoh dan Melaka
  • IKEA Damansara guna van EV untuk hantar perabot anda ke sekitar daerah Petaling
  • Amaran! Berhenti guna pengecas IKEA ini sekarang dan pulangkannya
Tags: ikeaterengganu
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Ikea kembali beroperasi untuk pembelian dan penghantaran

IKEA buka pusat pengambilan barang terbaru di Terengganu

23 February 2024
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN