• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ikea tawar servis penghantaran lebih murah untuk penduduk Ipoh dan Melaka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:58 am
  • 10/07/2023
  • Komen
Ikea tawar servis penghantaran lebih murah untuk penduduk Ipoh dan Melaka
Share on FacebookShare on Twitter

Ikea kini ada menyediakan satu servis penghantaran baharu yang lebih murah. Sekiranya anda berada di Ipoh ataupun Melaka, Ikea telah mewujudkan satu titik pungut yang boleh anda ambil pesanan anda. Berikut adalah dua lokasi tersebut:

IKEA – Ipoh Collection Point B-1-17, Medan Botani, Pusat Komersial Botani Village, Medan Botani 1A, Bandar Seri Botani, 31350 Ipoh, Perak.



IKEA – Melaka Collection Point 18, Jalan Melaka Raya 18 75000 Melaka.

Anda boleh tempah seperti biasa dan sewaktu pemilihan kaedah penghantaran, anda boleh pilih mana-mana titik pungut ini sekiranya anda berada dalam lingkungan operasi.



Perkara yang menarik tentang servis ini adalah harganya adalah rata dan bukannya berdasarkan jarak penghantaran seperti yang biasa anda alami apabila gunakan servis penghantaran biasa.

Berikut adalah kadar harga yang dikenakan:

  • RM98 – ambil di titik pungut
  • RM163 – penghantaran dari titik pungut ke rumah dalam negeri Ipoh atau Melaka

Sebagai perbandingan, penghantaran biasa dicaj berdasarkan Zon. Terdapat 4 Zon semuanya dengan penghantaran menggunakan trak serendah RM98 hingga RM258. Pemilik di Melaka memang jimat banyak kerana kebanyakkan daerah penghantaran berada dalam Zon C.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: ikea
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Ikea tawar servis penghantaran lebih murah untuk penduduk Ipoh dan Melaka

Ikea tawar servis penghantaran lebih murah untuk penduduk Ipoh dan Melaka

10 July 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

19 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN