• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Fit 3 bantu kekalkan motivasi tahun baru, ada pengesan terjatuh dan pemantau tidur

  • OLEH Najib
  • 4:22 pm
  • 23/02/2024
  • Komen
Samsung Galaxy Fit 3 bantu kekalkan motivasi tahun baru, ada pengesan terjatuh dan pemantau tidur
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan penjejak kecergasan baru mereka, Galaxy Fit 3. Ia membawakan teknologi pemantau kesihatan canggih Samsung kepada lebih ramai lapisan pengguna, sekaligus menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

Galaxy Fit 3 menggantikan Galaxy Fit 2 yang dilancar pada tahun 2020. Antara pembaharuan yang dibawa Galaxy Fit 3 adalah badan diperbuat daripada aluminium, serta skrin yang lebih besar untuk memaparkan lebih banyak data kesihatan dan kecergasan, terus di pergelangan tangan pengguna.



Harga dan Promosi

Samsung menawarkan tiga warna untuk Galaxy Fit 3 iaitu kelabu, perak dan merah jambu. Ia boleh dibeli di Malaysia mulai hari ini, di Stor Online Samsung, Kedai Pengalaman Samsung, pengedar sah, serta atas talian di Lazada dan Shopee.

Harga rasmi untuk Galaxy Fit 3 di Malaysia adalah RM299.



Harga dan promosi Galaxy Fit 3

Samsung juga mengumumkan promosi pelancaran dari sekarang sehingga 30 April 2024 iaitu diskaun 30% membeli Galaxy Fit 3, jika membeli bersama telefon Galaxy terpilih di Stor Online Samsung, Kedai Pengalaman Samsung serta kedai yang terlibat. Ini menjadikan harga Galaxy Fit 3 cuma RM209.30 sahaja.

Spesifikasi Samsung Galaxy Fit 3

Skrin besar di Galaxy Fit 3 berukuran 1.6-inci jenis AMOLED, 45% lebih besar dari Galaxy Fit 2. Dengan ini, lebih banyak maklumat boleh dilihat pada satu paparan.

Hayat bateri juga lebih panjang, sehingga 13 hari dalam penggunaan biasa. Ia mengecas secara magnetik dan boleh mengecas pantas, hanya 30 minit untuk mengecas dari 0 ke 65%.

Badan aluminium Galaxy Fit 3 sangat nipis dan ringan, hanya seberat 18.5 gram sahaja. Ia juga kalis air IP68 dan boleh dibawa ke dalam air sehingga 5 ATM. Ini menjadikannya boleh digunakan dalam pelbagai sukan dan aktiviti kecergasan.

Samsung memuatkan lebih 100 jenis sukan dan kecergasan untuk dipantau oleh Galaxy Fit 3. ia juga boleh mengesan secara automatik beberapa jenis aktiviti, seperti larian, mendayung dan berenang.

Salah satu perkara penting untuk kesihatan adalah tidur mencukupi. Samsung telah menjadikan pemantauan waktu tidur sebagai salah satu ciri utama dalam penjejak kecergasan, termasuk Galaxy Fit 3. Ia boleh memberi markah untuk kualiti tidur pengguna, serta memberi nasihat untuk mendapatkan tidur lebih baik.

Sudah pasti, penjejak kecergasan ini mampu mengumpul pelbagai maklumat pengguna seperti langkah, masa, kalori terbakar serta denyutan jantung. Pengguna juga boleh menetapkan sasaran harian untuk dicapai, seperti 10 ribu langkah sehari yang disaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk hidup lebih sihat.

Satu ciri canggih yang jarang ada di penjejak kecergasan mampu milik, tetapi ada di Galaxy Fit 3 adalah pengesan jatuh. Dengan pelbagai sensor terbina di dalam, Galaxy Fit 3 boleh mengesan jika pengguna terjatuh dan bertanya jika perlukan bantuan. Pengguna juga boleh menekan butang sisi 5 kali untuk menghantar lokasi kepada kenalan jika perlukan bantuan segera.

Untuk mendapatkan maklumat lebih komprehensif, aplikasi Samsung Health ada menyediakannya. Selain lebih banyak info, ia juga dapat memaparkannya di skrin lebih besar.

Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang penjejak kecergasan terbaru ini, layari laman produk Samsung Galaxy Fit 3.

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy Fit 2 kembali dijual di Malaysia, harga tidak berubah
  • Dapatkan Samsung Galaxy Fit serendah RM139 di Malaysia
  • Samsung Galaxy Watch 6 & Watch 6 Classic, bezel berputar lebih nipis, lebih cerah dan lebih besar
Tags: Galaxy Fit 3samsungSamsung Galaxy Fit 3
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy Fit 3 bantu kekalkan motivasi tahun baru, ada pengesan terjatuh dan pemantau tidur

Samsung Galaxy Fit 3 bantu kekalkan motivasi tahun baru, ada pengesan terjatuh dan pemantau tidur

23 February 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER