• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Waze kolaborasi dengan Kung Fu Panda 4, tawar suara watak Po

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:47 pm
  • 23/02/2024
  • Komen
Waze kolaborasi dengan Kung Fu Panda 4, tawar suara watak Po
Share on FacebookShare on Twitter

Anda peminat filem Kung Fu Panda dan sering menggunakan aplikasi Waze tiap kali memandu? Berita baik buat anda kerana Waze kini memaklumkan mereka telah berkolaborasi dengan filem tersebut bersempena filem Kung Fu Panda 4 yang akan datang ke panggung wayang pada 8 Mac 2024.

Pengguna Waze mempunyai keupayaan untuk mengubah suara arahan kepada watak utama Kung Fu Panda, iaitu Po. Dengan Po sebagai navigator, selain membantu anda untuk memberitahu arah jalan, ia juga boleh menawarkan kata-kata semangat kepada pengguna apabila trafik menjadi semakin teruk.



Sebagai contoh, ia akan berkata dialog seperti “Kita patut saling menyayangi sesama pengguna jalan raya sebagai keluarga. Walaupun mereka memotong kita, tidak memberi jalan atau tidak memberikan signal sekalipun! Aaaaaaargh itu buatkan saya jadi gila tetapi kita tetap kena menyayangi mereka. Atau sekurang-kurangnya cuba”, dalam bahasa Inggeris.

Lebih menarik, pengguna juga boleh menukar ikon kereta kepada ikon ‘Panda Van’ yang baharu. Tetapi, pengguna perlu tahu yang ikon ‘Panda Van’ itu hanya kelihatan oleh anda sahaja dan orang lain tidak akan dapat melihatnya. Untuk ikon yang boleh dinampak pengguna lain, anda boleh menggunakan ‘Spiritual Mood’ baharu dengan ikon panda untuk muncul dalam peta.



Ciri Kung Fu Panda baharu ini boleh digunakan oleh semua pengguna di seluruh dunia sekarang. Anda boleh cuba dan aktifkannya sekarang.

Cara aktifkan ciri Kung Fu Panda di Waze

Jika anda berminat untuk aktifkannya, ia boleh dilakukan dengan sangat mudah. Berikut adalah caranya:

  1. Lancarkan aplikasi Waze
  2. Di halaman rumah, tekan menu di atas belah kiri, kemudian anda boleh lihat pilihan Kung Fu Panda terbaru di bawah
  3. Tekan ‘Get Voice’
  4. Anda boleh hidup atau matikan pilihan arahan suara, ikon kereta dan ‘Mood’ kung Fu Panda dengan menekan butang di togol di sebelah kanan

Ciri terbaru ini hanya disokong dalam bahasa Inggeris sahaja. Waze juga tidak memaklumkan sama ada fungsi ini diadakan untuk masa terhad ataupun tidak. Jadi, pastikan anda untuk mencuba ciri Kung Fu Panda ini sekarang.

[Sumber: Waze]

Bacaan berkaitan

  • Google Maps & Waze sembunyi data trafik di Israel?
  • Waze integrasi info stesen pengecas EV ke dalam aplikasi, kemas kini APP anda sekarang
  • Waze ada suara pengulas Piala Dunia FIFA? Ini cara gunakannya
Tags: Kung Fu PandaKung Fu Panda 4Powazewaze malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Waze kolaborasi dengan Kung Fu Panda 4, tawar suara watak Po

Waze kolaborasi dengan Kung Fu Panda 4, tawar suara watak Po

23 February 2024
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN