• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Aplikasi AirAsia kini berwarna hijau, dikenali sebagai MOVE

  • OLEH Najib
  • 7:07 pm
  • 26/02/2024
  • Komen
Aplikasi AirAsia kini berwarna hijau, dikenali sebagai MOVE
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lima bulan diumumkan, aplikasi AirAsia SuperApp hari ini telah berwajah baru. Warna merah AirAsia tidak lagi menjadi warna ikon aplikasi, sebaliknya ia telah ditukar kepada warna hijau cerah dan lebih segar. Namanya juga secara rasmi telah ditukar kepada AirAsia Move.

Pengguna akan dapat melihat aplikasi AirAsia SuperApp di Apple AppStore (iOS) dan Google PlayStore (Android) telah berubah kepada AirAsia Move berwarna hijau. Walaupun perubahan tersebut nampak besar, fungsi di dalam aplikasi dilihat masih kekal sama.



Kerana itu, pengguna tidak perlu risau tentang sebarang tempahan di dalam aplikasi AirAsia SuperApp sebelum ini. FAQ AirAsia menyatakan, tiada perubahan dan ia kekal seperti biasa, termasuk tempahan penerbangan, hotel, SNAP, insuran dan lain-lain. Baucar yang terkumpul juga masih boleh digunakan.

Pengguna juga boleh terus menggunakan aplikasi AirAsia Move yang diperbaharui untuk menguruskan tempahan penerbangan, antaranya bagasi, tempat duduk, insuran perjalanan, makanan dalam pesawat dan banyak lagi.



Paling penting, tempahan baru juga boleh dibuat di dalam aplikasi AirAsia Move. Berbeza dengan syarikat penerbangan AirAsia, AirAsia Move adalah ejen perjalanan atas talian yang menawarkan lebih 700 syarikat penerbangan di dalam platform, untuk menghubungkan penumpang ke lebih banyak destinasi di seluruh dunia.

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE mengulas, “Ikon aplikasi AirAsia MOVE baharu adalah yang pertama daripada banyak perubahan menarik yang akan datang yang direka untuk meningkatkan dan meningkatkan pengalaman setiap pengembara. Daripada susun atur aplikasi kepada produk baharu yang menarik, perkhidmatan dan tawaran yang tiada tandingan, AirAsia MOVE baharu akan membantu anda pergi ke mana-mana dengan lancar apabila anda mengembara. Bagi anda yang sudah mempunyai apl pada telefon anda, apl itu akan dimuat semula & dikemas kini kepada rupa baharu.

“Walaupun ikon aplikasi itu menampilkan penampilan baharu dan AirAsia MOVE mengambil perhatian sebagai nama jenama baharu kami, kami ingin meyakinkan semua orang bahawa semua yang anda suka seperti menempah penerbangan AirAsia & daripada lebih banyak syarikat penerbangan, hotel, perjalanan, menguruskan tempahan anda, atau malah berhubung dengan rakan pengembara melalui Chat & Community serta fungsi AskBo masih kekal utuh. Jadi jangan risau dan kami harap anda menikmati semua penambahbaikan yang akan datang kepada anda!”

[Sumber: AirAsia]

Bacaan Berkaitan

  • AirAsia Digital kini adalah Move, aplikasi SuperApp akan diubah nama kepada AirAsia Move
  • Mengejutkan! Harga AirAsia di Android lagi murah dari iPhone
  • Harga bagasi AirAsia berbeza ikut peranti? Sebenarnya harga Nasi Lemak pun berubah-ubah, ini penjelasannya
Tags: AirAsiaAirAsia DigitalAirAsia MoveAirasia Super App
Najib

Najib

POPULAR

Aplikasi AirAsia kini berwarna hijau, dikenali sebagai MOVE

Aplikasi AirAsia kini berwarna hijau, dikenali sebagai MOVE

26 February 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN