• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[MWC 2024] Xiaomi 14 kekal kompak, prestasi gempak dengan kamera Leica terapung

  • OLEH Najib
  • 12:33 am
  • 26/02/2024
  • Komen
[MWC 2024] Xiaomi 14 kekal kompak, prestasi gempak dengan kamera Leica terapung
Share on FacebookShare on Twitter

Pameran Mobile World Congress (MWC 2024) yang akan bermula esok, tetapi Xiaomi telah membuka tirai lebih awal dengan melancarkan barisan telefon pintar flagship baharu, siri Xiaomi 14. Terdapat dua model yang diperkenal dalam pelancaran ini, iaitu Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra.

Sebenarnya, siri Xiaomi 14 telah dilancar lebih awal di China tetapi ia ada 3 bersaudara. Satu model yang tidak dilancar hari ini adalah Xiaomi 14 Pro yang memiliki spesifikasi hampir serupa dengan Xiaomi 14, pada saiz skrin lebih besar.



Saiz Kompak, Prestasi Gempak

Mengekalkan saiz kompak seperti model sebelumnya, Xiaomi 14 datang bersama skrin sebear 6.36-inci sahaja, berbeza dengan kebanyakan telefon pintar lain yang memiliki skrin lebih 6.7-inci. Walaupun kecil, skrin ini tetap berada di tahap flagship.

Ia merupakan skrin CrystalRes AMOLED 1.5K (2670×1200) 120Hz LTPO, bermakna kadar penyegarannya boleh pergi serendah 1Hz dan pantas sehingga 120Hz untuk penjimatan tenaga lebih cekap. Ia juga memiliki kecerahan puncak setinggi 3,000nits, antara tertinggi di telefon pintar. Lapisan atas skrin dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus.



Prestasi juga di tahap tertinggi untuk Xiaomi 14. Ia menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 4nm terbaru. Ia diperkasakan lagi dengan penggunaan RAM LPDDR5X sebesar 12GB, serta storan terpantas UFS 4. sehingga 512GB.

Kamera Leica Summilux Generasi Terbaru

Kerjasama Xiaomi dan paka kamera Leica diteruskan lagi di Xiaomi 14 dan kini ia dilengkapi teknologi kamera Leica Summilux generasi baru. Terdapat tiga kamera di belakang iaitu kamera utama 50MP F1.6 23mm, menggunakan sensor Light Fusion 900.

Kamera kedua pula adalah kamera ultra lebar 50MP F2.2 14mm dengan sudut pandang seluas 115-darjah. Kamera ketiga dan lebih menarik adalah kamera telefoto ‘terapung’ 50MP F2.0 75mm. Pengguna akan dapat menggunakan dua gaya istimewa Leica di kamera Xiaomi 14 iaitu Leica Authentic Look dan Leica Vibrant Look.

Pengecas pantas, wayar dan wayarles

Untuk saiz yang kecil, bateri berkapasiti 4,610mAh di dalam Xiaomi boleh dikatakan agak besar. Xiaomi juga memasang sistem pengecas baru iaitu HyperCharge 90W untuk sambungan berwayar USB-C, serta wireless HyperCharge 50W untuk mengecas tanpa wayar.

Selain itu, Xiaomi 14 turut menyokong teknologi terbaru WiFi 7, bersama Bluetooth 5.4 serta NFC. Ia datang bersama sistem bunyi stereo dan diiktiraf Dolby Atmos. Telefon ini juga kalis air dan debu IP68.

Sistem Operasi Serba Baharu

Xiaomi 14 menjadi peranti pertama Xiaomi di peringkat antarabangsa dikuasakan sistem operasi terbaru, Xiaomi HyperOS. Xiaomi 14 juga dijamin akan menerima sehingga 4 kemaskini OS bersama 5 tahun kemaskini keselamatan. Xiaomi turut memberikan langganan Google One 100GB percuma selama 6-bulan, serta YouTube Premium percuma selama 3-bulan untuk pengguna Xiaomi 14.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Xiaomi 14 iaitu hitam, hijau dan putih. Ia akan dijual di Eropah pada harga bermula dari EUR999 (~RM5,167). Pastinya harganya akan lebih murah apabila dilancarkan di Malaysia. Untuk rujukan, Xiaomi 13 dilancar di Malaysia berharga RM3,499.

Xiaomi Malaysia masih belum menyatakan bilakah Xiaomi 14 akan dilancar. Ia pasti tidak lama lagi dan anda akan mengetahui tentangnya di SoyaCincau.

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi 14 akan dilancar dengan HyperOS baru, telefon pertama bakal guna Snapdragon 8 Gen 3?
  • Rupa Xiaomi 14 Ultra didedahkan, pulau kamera gergasi dikekalkan
  • Xiaomi 13 dan 13 Pro dilancar dengan Google One Premium 2TB percuma, akan tiba ke Malaysia
Tags: mwc 2024xiaomiXiaomi 14xiaomi hyperos
Najib

Najib

POPULAR

[MWC 2024] Xiaomi 14 kekal kompak, prestasi gempak dengan kamera Leica terapung

[MWC 2024] Xiaomi 14 kekal kompak, prestasi gempak dengan kamera Leica terapung

26 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER