• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sharge Flow Mini, powerbank sangat mudah guna, boleh gantung di telefon tanpa terganggu

  • OLEH Najib
  • 4:55 pm
  • 27/02/2024
  • Komen
Sharge Flow Mini, powerbank sangat mudah guna, boleh gantung di telefon tanpa terganggu
Share on FacebookShare on Twitter

Sharge Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan powerbank cilik yang baru, Sharge Flow Mini. Ia menampilkan rekaan badan yang kecil, kompak dan unik, serta tidak mengganggu ketika mengecas. Ia juga diiklankan sebagai powerbank yang selamat dibawa di dalam kapal terbang.

Sharge kini memiliki barisan powerbank yang memenuhi pelbagai keperluan. Dengan sekecil Flow Mini 5,000mAh 12W, diikuti Flow 10,000mAh 20W, IceMag 10,000mAh 20W dengan Magsafe dan magnetik, Starship Seer 10,000mAh 35W, Shargeek 100 25,600mAh 100W, Internet Hostkey 20,000mAh 130W dan Shargeek 170 20,000mAh 170W.



Barisan pengecas dan powerbank Sharge

Harga Sharge Flow Mini

Powerbank Sharge Flow Mini boleh dibeli di Malaysia mulai 27 Februari 2024. Ia dijual dengan harga rasmi RM199. Tiada sebarang promosi jualan awal.

Orang ramai boleh mendapatkan powerbank Sharge Flow Mini sekarang di Stor Rasmi Sharge di Lazada dan Shopee.



Saiz kompak, mudah alih dan ringan

Membawakan rekaan yang kompak dan mudah alih, Sharge Flow Mini sangat kecil dengan saiz seperti segulung filem, sesuatu yang popular untuk kamera tahun 1990-an. Powerbank ini juga sangat ringan dengan berat hanya 100 gram, menjadikan ia tidak membebankan untuk dibawa di dalam beg mahu pun di poket seluar.

Tidak seperti powerbank Sharge yang besar, tiada skrin LCD dipasang pada Sharge Flow Mini. Tetapi ada lampu LED untuk memberitahu pengguna tentang kuasa yang masih tinggal di dalam powerbank. Sharge juga mengenakan warna perak premium, beserta butang berwarna oren yang mudah dilihat.

Tidak perlu kabel berasingan

Pemilik Sharge Flow Mini tidak perlu risau untuk membawa kabel berasingan kerana ia dilengkapi port yang boleh diubah antara USB-C dan Lightning. Malah, ia direka supaya tidak mengganggu ketika mengecas, dengan hanya mencucuk powerbank di bawah telefon pintar.

Ia juga boleh mengecas peranti kedua melalui kabel yang turut terbina pada powerbank. Kabel ini bila tidak digunakan, boleh menjadi lanyard supaya powerbank boleh disangkut di beg atau tempat lain. Pengguna juga tidak perlu membuka sarung telefon untuk mengecas dengan Sharge Flow Mini, kerana ia serasi digunakan dengan sarung setebal 35mm.

Kuasa mengecas 12W

Dengan kapasiti bateri 5,000mAh, Sharge Flow Mini boleh mengecas penuh satu telefon pintar. Tetapi kuasa mengecasnya hanya sehingga 12W untuk kedua-dua port. Tidak kira USB-C atau Lightning.

Melalui dua sambungan yang disediakan, Sharge Flow Mini boleh mengecas pelbagai peranti lama dan baharu, termasuk iPhone 15, Galaxy S24, Galaxy Z Fold 5, Redmi Note 13, Nothing Phone 2 dan banyak lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai powerbank baru ini, layari laman produk Sharge Flow Mini.

Bacaan Berkaitan

  • Powerbank Shargeek 170 tiba, mampu cas 3 peranti serentak dengan kuasa setinggi 170W
  • Sharge X The Wandering Earth II, pengecas dan powerbank futuristik yang tidak membosankan
  • Sejukkan iPhone 15 dengan Sharge Icemag, powerbank Magsafe berkipas RGB
  • Sharge, pengecas & powerbank paling canggih dan bergaya sudah tiba di Malaysia
Tags: ShargeSharge Flow Mini
Najib

Najib

POPULAR

Sharge Flow Mini, powerbank sangat mudah guna, boleh gantung di telefon tanpa terganggu

Sharge Flow Mini, powerbank sangat mudah guna, boleh gantung di telefon tanpa terganggu

27 February 2024
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN