• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[MWC 2024] Honor rancang hasilkan cincin pintar, Samsung bakal ada pesaing

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:09 pm
  • 28/02/2024
  • Komen
240228 Honor Cincin Pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar elektronik China, Honor mengumumkan akan membangunkan cincin pintarnya sendiri. Pengumuman tersebut dibuat di MWC 2024 yang sedang berlangsung di Barcelona.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Honor, George Zhao, “Di peringkat dalaman, kami sudah mempunyai perancangan dan sedang berusaha ke arah penghasilannya. Jadi, pada masa hadapan, anda boleh memiliki cincin Honor.”



240228 Honor Cincin Pintar
Ketua Pengarah Eksekutif Honor, George Zhao

Tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai cincin pintar itu. Namun Zhao mengatakan ia akan memfokuskan pada kesihatan. Beliau juga menambah bahawa kecerdasan buatan (AI) memainkan peranan penting dalam memberikan maklumat kesihatan yang lebih baik kepada pengguna.

240228 Honor Cincin Pintar
Samsung Galaxy Ring

Selain Honor, terdapat jenama lain yang turut menghasilkan cincin pintar antaranya Samsung yang telah pun memperkenalkan cincin pintarnya kepada umum di MWC 2024. Malah terdapat juga desas-desus yang mengatakan Apple juga sedang dalam proses menghasilkan cincin pintarnya sendiri. 



Cincin pintar sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan kecergasan, khususnya bagi yang tidak gemar memakai jam pintar untuk merekodkan senaman dan memantau tahap kesihatan.

Bagi Honor dan Samsung, penghasilan cincin pintar itu merupakan satu cara untuk mengeluarkan gajet yang boleh digunakan bersama telefon pintar, sambil memanfaatkan fungsi pemantauan kesihatan yang dibangunkan untuk telefon dan peranti mudah alih lain.

240228 Honor Cincin Pintar
Imej cincin pintar yang dijana AI. Mungkinkah cincin pintar Honor seperti ini?

Buat masa ini, masih belum pasti bila cincin pintar Honor akan membuat kemunculan pertamanya dan di negara mana ia akan dijual. Tetapi ada tak peminat Honor yang menanti kemunculan cincin pintar ini?

Terdahulu, Honor telah pun melancarkan MagicBook Pro 16, sebuah laptop Windows pertama dunia dengan Audio Spatial dan dilengkapi AI, di samping telefon pintar flagship terbaharunya Magic 6 Pro yang menampilkan kamera telefoto dengan sensor 180MP.

[Sumber: Tom’s Guide]

Bacaan berkaitan:

  • [MWC2024] Honor MagicBook Pro 16: Laptop Windows pertama dunia dengan Audio Spatial
  • [MWC 2024] Honor gila kamera telefoto, Magic 6 Pro ada sensor 180MP
  • [MWC 2024] Honor Pad 9, tablet besar 12.1-inci dengan 8 speaker
Tags: Cincin pintar Honorhonormwc 2024
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
240228 Honor Cincin Pintar

[MWC 2024] Honor rancang hasilkan cincin pintar, Samsung bakal ada pesaing

28 February 2024
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER