• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[MWC 2024] Samsung dedah rupa Galaxy Ring, akan ada fungsi penjejakan tidur

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:03 pm
  • 28/02/2024
  • Komen
[MWC 2024] Samsung dedah rupa Galaxy Ring, akan ada fungsi penjejakan tidur
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung tidak berselindung lagi bahawa mereka akan memperkenalkan peranti penjejak kesihatan berbentuk cincin. Ia dipanggil Galaxy Ring dan pengumumannya telah dibuat pada acara Galaxy Unpacked lepas. Kini, Samsung telah menunjukkan secara rasmi Galaxy Ring di Mobile World Congress (MWC) 2024.

Ini sekali gus mendedahkan rupa sebenar cincin Galaxy Ring dan juga lebihan maklumat mengenainya. Samsung tidak menyatakan atau mendedahkan sensor yang digunapakai pada Galaxy Ring. Tetapi Samsung memaklumkan cincin pintar ini akan dipasangkan dengan sensor ‘terkemuka’.



Menurut Naib Presiden kesihatan digital Samsung, Dr. Hon Pak, Galaxy Ring akan menawarkan ciri penjejakan tidur berasaskan denyutan jantung, termasuk untuk pergerakan dan juga pernafasan. Ia juga akan bantu menjejak data untuk metrik kesihatan baru yang Samsung akan perkenalkan pada aplikasi Health Samsung, iaitu My Vitality Score.

Dengan My Vitality Score, ia akan merumuskan skor berdasarkan empat faktor iaitu tidur, aktiviti, kadar degupan jantung semasa rehat dan juga kebolehubahan kadar degupan jantung. Penggunaan metrik yang baharu ini juga akan datang kepada siri Galaxy Watch 6 pada hujung tahun ini, tetapi penggunaannya perlu digandingkan dengan telefon siri Galaxy S24 untuk bolehkan ia berfungsi.



Selain itu, Galaxy Ring ini juga boleh digunakan untuk menjejak haid dan kesuburan, hasil kerjasama Samsung dengan Natural Cycles.

Portal teknologi terkenal, The Verge berkongsikan pengalaman mereka menggunakan Galaxy Ring. Menurut mereka, Galaxy Ring ada berat yang sangat ringan dan tidak seperti rupanya. Ia didatangkan dalam tiga warna iaitu perak, hitam dan emas, serta ditawarkan dalam saiz dari 5 hingga 13. Saiz S hingga XL juga ditandakan di dalam cincin.

Sementara itu, kapasiti bateri Galaxy Ring dikatakan bergantung pada saiz cincin di mana saiz besar akan ada bateri lebih besar. Namun, Samsung menegaskan yang Galaxy Ring akan ada jangka hayat bateri “panjang” dan mereka juga sedang dalam usaha untuk memanjangkan lagi jangka hayatnya sebelum ia dilancarkan akhir tahun ini.

[Sumber: The Verge, Android Authority]

Bacaan berkaitan

  • Samsung Galaxy Fit 3 bantu kekalkan motivasi tahun baru, ada pengesan terjatuh dan pemantau tidur
  • Samsung buka tempahan monitor Odyssey Ark 2 55” dan Odyssey G9 49”, diskaun sehingga RM5,700
  • Kemas kini siri Samsung Galaxy S24, atasi masalah paparan dan kamera
Tags: GalaxyGalaxy Ringmwc 2024samsungsamsung galaxy
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

[MWC 2024] Samsung dedah rupa Galaxy Ring, akan ada fungsi penjejakan tidur

[MWC 2024] Samsung dedah rupa Galaxy Ring, akan ada fungsi penjejakan tidur

28 February 2024
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN