• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y100 5G dilancar pada RM1,199, percuma fon putik & lanjutan waranti

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:23 pm
  • 28/02/2024
  • Komen
240228 Vivo Y100 5G Launch
Share on FacebookShare on Twitter

Secara rasminya Vivo Malaysia melancarkan telefon kelas pertengahan Vivo Y100 5G. Dengan slogan “That’s Y100 Fun”, siri-Y itu mensasarkan kepada belia dan remaja yang gemarkan cabaran dan hiburan.

Harga dan promosi Vivo Y100 5G

Pengguna di Malaysia yang berminat untuk mendapatkan Vivo Y100 5G boleh melakukan pembelian di E-store Vivo, kedai Vivo di TikTok mahupun menerusi gedung rasmi Vivo di Lazada atau Shopee pada harga berikut:



  • Vivo Y100 5G (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM1,199
240228 Vivo Y100 5G Launch

Sempena pelancarannya, setiap pembelian Vivo Y100 5G bermula 28 Februari hingga 28 March akan menerima hadiah bernilai RM298:

  • Fon putik Vivo
  • 1- tahun lanjutan waranti
240228 Vivo Y100 5G Launch

Spesifikasi Vivo Y100 5G

Vivo Y100 5G merupakan telefon dengan skrin AMOLED seluas 6.67-inci HD penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahan skrin ini boleh mencecah 1,200 nits. Pengimbas capjari turut dipasang di dalam skrin.



Ia dikuasakan cipset Snapdragon 4 Gen 2 4nm, dengan RAM LPDDR4X seluas 8GB serta storan dalaman UFS 2.2 sebesar 256GB. Kad mikro-SD diterima sehingga 1TB untuk meluaskan storan. Vivo Y100 menggunakan sistem operasi FunTouch OS 14, berasaskan Android 14.

Untuk optiknya, terdapat kamera hadapan 8MP F2.0 yang dimuatkan pada lubang kecik pada dahi skrin. Manakala di belakang, ia dilengkapi kamera utama 50MP F1.8 dan kamera ultra lebar 8MP F2.2. Lensa ketiga dimuatkan dengan ‘Flicker Sensor’.

240228 Vivo Y100 5G Launch

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh yang  boleh dicas menggunakan blok pengecas 80W FlashCharge. Kapasiti bateri itu dikatakan  akan kekal melebihi 80% selepas 4-tahun digunakan. Untuk audionya, diberikan dual speaker stereo. Terdapat dua pilihan warna ditawarkan untuk Vivo Y100 5G, iaitu kemasan kulit berwarna ungu atau kaca berwarna hitam.

Berminat untuk memiliki Vivo Y100 5G? Anda boleh membelinya pada harga RM1,199 di E-store Vivo, kedai Vivo di TikTok mahupun menerusi gedung rasmi Vivo di Lazada atau Shopee.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Vivo Y100 5G.

Bacaan berkaitan:

  • Vivo Y100 5G akan tiba dengan bateri dijamin sihat lebih 80% selepas 4-tahun
  • Vivo bekerjasama dengan Hap Seng Star pamer kehebatan siri Vivo X100
  • Siri Vivo X100 Pro Malaysia: Flagship 2024 dengan Dimensity 9300, cip Vivo v3, dan banyak lagi
Tags: vivovivo MalaysiaVivo Y100 5G
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240228 Vivo Y100 5G Launch

Vivo Y100 5G dilancar pada RM1,199, percuma fon putik & lanjutan waranti

28 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER