• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna TNG eWallet wajib e-KYC dalam tahun 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:33 pm
  • 29/02/2024
  • Komen
Pengguna TNG eWallet wajib e-KYC dalam tahun 2024
Share on FacebookShare on Twitter

TNG Digital, pengendali Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet), telah berkongsikan beberapa beberapa maklumat menarik seputar 2023 dan apa yang mereka rencanakan untuk tahun 2024.

Semua orang wajib e-KYC di TNG eWallet

Ia akan berlaku seawal Julai 2024. TNG Digital akan mewajibkan semua pengguna platform itu untuk melakukan e-KYC sekiranya ingin terus menggunakan TNG eWallet. Itu adalah salah satu langkah yang bakal diambil TNG Digital bagi melindungi pengguna mereka.



Buat masa ini, peratusan pengguna TNG eWallet yang telah melepasi e-KYC adalah pada paras 77%. Sebagai rujukan, dompet digital terkenal Malaysia ini mempunyai lebih 26.8 juta pengguna berdaftar dan hampir 21.0 juta daripadanya sudahpun menjalankan e-KYC.

Tahukah anda yang TNG eWallet kini mencatatkan Total Payment Volume melebihi RM7 billion setiap bulan ataupun untuk perspektif, ia bersamaan dengan hampir RM10 juta transaksi berlaku merentasi platform itu.



Maka dengan sebab itu, mereka telah memperkukuh sistem keselamatan dengan jadi institusi kewangan pertama Malaysia yang penuhi 5 strategi keselamatan Bank Negara. Sekirana anda perasan, berikut adalah 5 strategi yang telahpun sedang berjalan:

  1. Hapuskan OTP SMS dan gunakan pengesahan biometrik seperti FaceID untuk transaksi.
  2. Halang transaksi luar biasa dan terus hubungi pengguna secara langsung untuk pengesahan.
  3. Pengesahan transaksi perbankan kini hanya boleh dilakukan di satu peranti yang disahkan per akaun iaitu fungsi TapSecure.
  4. Perkenalkan waktu menunggu untuk setiap perkhidmatan baharu ataupun peranti baharu yang didaftarkan pada akaun TNG eWallet. Waktu menunggu sehingga 48 jam dikenakan.
  5. Tubuhkan saluran khas khidmat pelanggan dan hotline untuk salurkan sebarang kejadian penipuan yang berlaku.

Setelah 5 strategi ini berjalan, mereka memaklumkan berlakunya penurunan kes penipuan TNG eWallet sebanyak 51%.

Sekiranya anda ingin menyalurkan aduan tentang insiden scam melibatkan TNG eWallet, mereka telah membuka talian panas +60350223888 dan anda terus boleh tekan “4” untuk disambungkan terus kepada pegawai bertugas. Panggilan berkaitan scam akan diberikan keutamaan khas berbanding panggilan-panggilan lain.

Selain talian panas itu, TNG eWallet adalah e-dompet pertama di Malaysia yang menyertai Nasional Scam Response Center (NSRC). Anda boleh menghubungi nombor 997, juga untuk melaporkan insiden scam.

Bacaan berkaitan

Ini sebab kenapa ada TNG RFID luput 31 Januari 2024

5 perkara perlu anda tahu tentang program ganjaran TNG eWallet GOrewards

TNG eWallet bakal kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit yang melebihi had

Tags: tngTNG Digitaltng ewalletTouch n Gotouch n go digital
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pengguna TNG eWallet wajib e-KYC dalam tahun 2024

Pengguna TNG eWallet wajib e-KYC dalam tahun 2024

29 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER