• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pertikaian royalti: Adakah lagu popular anda akan hilang dari TikTok?

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:06 pm
  • 29/02/2024
  • Komen
United Kingdom & New Zealand, ikut jejak AS haramkan TikTok di peranti pegawai kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

TikTok telah mula mengeluarkan lebih banyak muzik daripada platform tersebut berikutan pertikaian berterusan mengenai isu bayaran royalti dengan Universal Music Group (UMG).

Sebelum ini, aplikasi itu telah pun membuang lagu-lagu daripada artis di bawah label tersebut dan kini terpaksa melakukan perkara yang sama terhadap penulis lagu. Ini bermakna lagu artis yang pernah berkolaborasi dengan penulis lagu yang bernaung di bawah label Universal seperti Harry Styles dan Adele juga akan disenyapkan (muted) tidak lama lagi.



Situasi yang bermula awal bulan ini, menyaksikan lagu daripada artis popular UMG seperti Taylor Swift dan Olivia Rodrigo dipadamkan daripada platform TikTok. Tetapi nampaknya kini ia turut akan memberi kesan kepada lebih banyak artis dan penulis lagu walaupun tidak mempunyai kontrak dengan syarikat rakaman tersebut.

Pertikaian tercetus apabila TikTok, selaku platform paling berpengaruh untuk mempromosikan muzik dan UMG yang merupakan syarikat muzik terbesar, gagal memperbaharui perjanjian pelesenan yang telah tamat pada 31 Januari 2024.



240229-TikTok-UMG-Royalti

UMG mendakwa TikTok cuba ‘membuli’ mereka untuk mencapai perjanjian yang tidak adil.  Malah TikTok juga dikatakan gagal menangani isu mengenai muzik janaan AI dan pampasan royalti artis yang menjadi kebimbangan syarikat rakaman itu.

Sukar untuk kita jangkakan berapa banyak lagu yang akan terkesan situasi ini. Ada juga artis Malaysia yang pernah menerbitkan lagu bersama UMG seperti Siti Nurhaliza, P. Ramlee, Dolla, Yuna dan Yonnyboii. Agak-agak lagu kegemaran anda akan kena padam TikTok ke tak?

Terdahulu, pihak UMG telah menyiarkan satu surat terbuka di laman rasmi mereka yang menggaris tiga isu kritikal yang perlu ditangani sebelum memeterai sebarang kontrak bersama TikTok, iaitu:

  1. Masalah pembayaran royalti lebih rendah berbanding platform media sosial lain. UMG mendakwa hanya 1% sahaja perolehan TikTok dilapor disalur untuk membayar royalti
  2. Kebanjiran kandungan audio yang dijana teknologi AI, yang akhirnya akan menjejaskan amaun royalti bakal diterima artis
  3. Menyelesaikan masalah buli siber ucapan kebencian, ketaksuban, dan banyak lagi serta pelanggaran undang-undang hak cipta dalam platform TikTok.

[Sumber: Variety]

Bacaan berkaitan:

  • Banyak muzik artis terkenal bakal hilang dari TikTok, ini sebabnya
  • TikTok Music bakal pintas Spotify dalam perlumbaan lossless?
  • TikTok kini lebih mesra tablet & telefon lipat, boleh ditonton mendatar
Tags: Harry StylesroyaltiTikTokumgUniversal Music Group
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
United Kingdom & New Zealand, ikut jejak AS haramkan TikTok di peranti pegawai kerajaan

Pertikaian royalti: Adakah lagu popular anda akan hilang dari TikTok?

29 February 2024
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER