• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CelcomDigi Postpaid 5G SE tiba diam-diam, pascabayar termurah dari RM40/bulan

  • OLEH Najib
  • 9:27 pm
  • 01/03/2024
  • Komen
CelcomDigi Postpaid 5G SE tiba diam-diam, pascabayar termurah dari RM40/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Pelan pascabayar mahal? Jika anda mencari pelan pascabayar yang murahdan sedia 5G, CelcomDigi kini melancarkan pelan Postpaid 5G SE. Ia diumumkan selepas ketibaan pelan Prabayar 5G Edisi Biru dan Edisi Kuning semalam. Pelan pascabayar baru ini menyediakan pengalaman asas pascabayar jika dibandingkan dengan pelan lain yang sedia ada daripada CelcomDigi.

Pascabayar 5G 40 SE dan 60 SE baru

Dua pelan baru ini dipanggil Postpaid 5G 40 SE dan Postpaid 5G 60 SE. Ia kini menjadi pelan pascabayar termurah CelcomDigi, menggantikan pelan lama Xpax Postpaid serta Digi Postpaid 40 dan Digi Postpaid 60.



Dengan komitmen RM40/bulan. pelan Postpaid 5G 40 SE memberi data bulanan 40GB. Manakala pelan Postpaid 5G 60 SE dengan RM60/bulan, menyediakan data bulanan 70GB. Jika pengguna sanggup mengikat kontrak 12-bulan, CelcomDigi akan menambah data bulanan tanpa bayaran tambahan. Pelanggan Postpaid 5G 40 SE akan mendapat data bonus 20GB manakala pelan Postpaid 5G 60 SE diberi data bonus 35GB.

Talian tambahan dan jalur lebar fibre tambahan

Memandangkan ia datang dengan akses 5G, pengguna akan dapat menikmati internet berkelajuan tinggi. Jika mahu talian tambahan, ia hanya ditawarkan dengan pelan Postpaid 5G 60 SE. Sehingga dua talian tambahan berharga RM30/bulan setiap satu boleh ditambah.



Pengguna yang gemar berkongsi internet juga boleh selesa dengan pelan pacabayar baru ini, kerana data hotspot diambil daripada kuota data sedia ada. Tetapi tiada tawaran seperti perayauan antarabangsa percuma untuk pelan ini.

Kelajuan hanya 100Mbps

Sama seperti pelan prabayar CelcomDigi 5G yang baru dilancar, pelan pascabayar termurah ini turut disekat kelajuannya iaitu sehingga 100Mbps muat turun dan sehingga 25Mbps muat naik. Laman terma dan syarat tidak menyatakan kelajuan lebih perlahan jika kuota dihabiaskan, tetapi CelcomDigi telah mengesahkan dengan kami bahawa pengguna masih dapat menikmati internet berkelajuan 512kbps jika habis kuota.

Sudah pasti, pengguna boleh membeli kuota tambahan jika perlu. Selain itu, pelan ini juga memberikan panggilan tanpa had ke semua talian tempatan.

Buat masa ini, pelan pascabayar terbaru ini hanya boleh didaftarkan di kedai fizikal Celcom dan Digi. Pelanggan Celcom dan Digi sedia ada, juga boleh bertukar ke pelan Postpaid 5G SE.

Untuk maklumat lanjut tentang pascabayar terbaru ini, layari laman produk CelcomDigi Postpaid 5G SE.

Terima kasih kepada @nagakanesh atas maklumat ini 😁

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • Prabayar 5G CelcomDigi baru ada Edisi Biru tanpa had dan Edisi Kuning kelajuan tinggi dari RM25
  • CelcomDigi lancar pascabayar 5G baharu, percuma fiber 300Mbps
  • CelcomDigi akhirnya tawar pas akses 5G percuma untuk Postpaid 40 dan Postpaid 60
Tags: CelcomDigiCelcomDigi PostpaidCelcomDigi Postpaid 5G 40 SECelcomDigi Postpaid 5G 60 SECelcomDigi Postpaid 5G SEPascabayar CelcomDigi
Najib

Najib

POPULAR

CelcomDigi Postpaid 5G SE tiba diam-diam, pascabayar termurah dari RM40/bulan

CelcomDigi Postpaid 5G SE tiba diam-diam, pascabayar termurah dari RM40/bulan

1 March 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN