Jenama Great World Motor (GWM) daripada China akan meriahkan lagi landskap EV Malaysia apabila mereka mengumumkan model EV mereka. Ora 07 adalah sedan elektrik dan adalah EV kedua mereka selepas Ora Good Cat yang mereka lancarkan dalam bulan November 2022 dulu.
Perkara yang menarik dengan Ora Good Cat adalah, sewaktu dilancarkan ia adalah EV paling mampu milik pada ketika itu. Adakah Ora 07 bakal jadi sedan elektrik paling mampu milik untuk rakyat Malaysia?
Tempahan awal di Malaysia
Malangnya, harga rasmi Ora 07 masih belum diumumkan. Tapi, tampahan untuk milikinya sudah dibuka dengan deposit boleh pulang RM1,000. Penempah awal akan terima kelebihan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun pada segi caj labor dan alat ganti.
Menurut GWM Malaysia, service interval untuk ORA 07 1 tahun atau 15,000km.
Spesifikasi Ora 07 Malaysia mirip Thailand
Menariknya, Ora 07 di Tanah Besar China tidaklah dikenali sebagai Ora 7 sebaliknya Ora Lightning Cat ataupun Grand Cat yang menggambarkan inilah flagship kepada barisan EV GWM. Daripada segi dimensi, spesifikasi, dan prestasi, saya lihatnya akan bertembung dengan nama-nama seperti Hyundai Ioniq 6, Tesla Model 3, dan yang terbaharu BYD Seal dalam kategori sedan elektrik.
Ora 7 sudah berada dalam pasaran Thailand sejak akhir 2023 dulu. Dalam pasaran itu, EV ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Long Range dan Performance. Harga jualannya dalam pasaran Thailand adalah sekitar RM170,000 untuk varian Long Range dan RM200,000 untuk varian Performance.
Spesfikasi versi Ora 07 versi Thailand didapati sama dengan yang akan ditawarkan di Malaysia. Bila anda lihat daripada luar, terutamanya daripada sisi tak salah kalau saya katakan EV ini mengambil inspirasi daripada Porsche Panamera. Kiunya adalah seperti slope bumbung yang menurun daripada depan dalam garisan seamless hingga ke belakang. Satu lagi kiu adalah lampu bulan depan dan belakang. Lampu ini juga mirip Ora Good Cat.
Ora 07 Performance 0-100km/j 4.4s
Bermula dengan varian berkuasa tinggi Ora 07 Performance, model ini diperkasa dwimotor elektrik dengan output kuasa mencecah 408hp dan tork setinggi 680Nm. Sebagai perbandingan, BYD Seal yang dilancarkan baru-baru ini ada output 530hp dan tork setinggi 670Nm. Pecutan abad model ini dilaporkan pada 4.4s berbanding pesaing Seal-nya 3.7s.
Sistem bateri berkapasiti 83.5kWh mampu untuk gerakkan Ora 07 Performance sejauh 550km berdasarkan perkiraan NEDC yang lebih longgar standardnya.
Maklumat tentang kuasa pengecasan tidak pula dikongsikan pihak GWM. Harapnya ia lebih baik daripada Ora Good Cat lah. Sebagai rujukan, Ora Good Cat mampu terima kuasa DC pada paras 80kW dan AC 7.7kW.
Angka tersebut agak perlahan untuk sebuah kereta berkuasa tinggi.
Ora 07 Long Range berjarak kembara 640km
Berhijrah kepada varian seterusnya iaitu Ora 07 Long Range. Ini adalah varian berjarak kembara lebih jauh iaitu 640km berbekalkan bateri yang sama kapasiti iaitu 83.5kWh.
Namun begitu, konfigurasi motor model ini adalah dalam bentuk tunggal. Jadi output kuasanya adalah rendah pada 204hp dan tork 340Nm. Tiada maklumat berkaitan pecutan kembara dikongsikan pihak pengeluarnya. Walau bagaimanapun, anda boleh anggarkan yang ia berada disekitar angka Hyundai Kona Elektrik yang ada kuasa yang sama 204hp. Ia pecut daripada pegun kepada 100km/j dalam masa 7.9s.
Ora 07 ada kerusi urut
Bahagian dalam Ora 07 adalah premium terutamanya bila anda duduk di kerusi pemandu.
Instrument kluster Ora 07 digital sepenuhnya dan berwarna-warni, nampak macam dalam kokpit kapal angkasa. Sistem inforianya walaupun ada ukuran 12.3” yang besar, saya arasakan ia terlalu sempit untuk lebih praktikal sebab nisbah paparannya. Jadi bila anda navigasi guna skrin ini, paparannya adalah kecil.
Untuk varian performance, anda dapat ciri seperti ventilated seat, fungsi memori untuk posisi kerusi, kerusi urut untuk penumpang depan, dan HUD display. Varian long range, anda hilang HUD, fungsi memori, dan juga kerusi urut.
Pada segi sistem bantu pandu, Ora 07 berikan suite ADAS yang lengkap. Tapi versi Performance, anda dapat fungsi Intelligent Parking dan Reverse Assist.
Bacaan berkaitan
EV Sedan Ora 07 bakal masuk pasaran Malaysia, jangkaan harga sekitar RM200k
Rebat RM20,000 & pengecas percuma untuk pembeli Ora Good Cat
Ora Good Cat: EV paling mampu milik kini di Malaysia, harga bawah RM140,000