• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Guna Samsung Galaxy S24 Ultra rakam gambar bumi dari angkasa

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:48 pm
  • 05/03/2024
  • Komen
240305 Samsung Galaxy S24 Ultra Gambar Bumi
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah menghantar empat telefon pintar Galaxy S24 Ultra ke angkasa menggunakan belon stratosfera untuk merakam gambar wilayah barat Amerika Syarikat.

Empat versi rangka ringan serat karbon digunakan untuk membawa komputer penerbangan bersama Samsung Galaxy S24 Ultra, yang diapungkan dengan belon stratosfera diisi hidrogen ke angkasa.



240305 Samsung Galaxy S24 Ultra Gambar Bumi
Rangka serat karbon yang dibina Samsung (Sumber: PetaPixel)

Secara teknikalnya, stratosfera bukanlah ruang angkasa sebenar. Tetapi ia merupakan satu ruang pada ketinggian hampir 23 batu di atas permukaan bumi, jauh dari ketinggian penerbangan pesawat komersial, malah sudah boleh dilihat lengkungan bumi.

Gambar landskap dengan Samsung Galaxy S24 Ultra

Samsung melancarkan empat belon stratosfera dari empat lokasi berbeza iaitu  Los Angeles, Las Vegas, pegunungan Sierra Nevada, dan Grand Canyon. Pemilihan lokasi tersebut adalah untuk menguji keupayaan Galaxy S24 Ultra.



Melancarkan rig ke angkasa (Sumber: PetaPixel)

Setelah rig dibina dan pelan penerbangan dimuktamadkan, ia dilancarkan ke udara antara 25 Januari 2024 dan berakhir pada 31 Januari 2024. Sepanjang tempoh penerbangan, setiap satu telefon pintar akan secara automatik merakam gambar. Hasilnya terdapat lebih dari 150 gambar luar biasa beresolusi tinggi.

240305 Samsung Galaxy S24 Ultra Gambar Bumi
Gambar yang berjaya dirakam (Sumber: PetaPixel)

Telefon pintar Galaxy S24 Ultra yang diterbangkan ke angkasa mengambil gambar dari fokus yang sama menggunakan campuran penggunaan kamera seperti kamera utama, ultra lebar dan juga zum optikal 5x.

Apabila tiba masanya untuk membawa rig kembali ke bumi, gas hidrogen dilepaskan, manakala payung terjun dilancarkan. Ia membolehkan rig jatuh ke bumi pada kelajuan kira-kira lima batu sejam dan dikesan lokasi pendaratannya oleh pasukan Samsung.

Kalau anda tengok hasil gambar-gambar di bawah ni, memang menakjubkan. Sebab semuanya dirakam dengan hanya menggunakan Samsung Galaxy S24 Ultra sahaja, hebat!

240305 Samsung Galaxy S24 Ultra Gambar Bumi
240305 Samsung Galaxy S24 Ultra Gambar Bumi
240305 Samsung Galaxy S24 Ultra Gambar Bumi

Spesifikasi & harga Samsung Galaxy S24

Rasa berminat untuk memiliki telefon pintar keluaran Samsung ini? Berikut adalah spesifikasi penuh siri Galaxy S24:

Spesifikasi Penuh Galaxy S24 Ultra

  • Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3
  • RAM LPDDR5x 12GB
  • Storan UFS 4.0 256GB/512GB/1TB
  • Skrin Dynamic AMOLED 2X 6.8-inci (1-120Hz) 2,600 nits
  • Kamera Belakang:
    • Utama 200MP F1.7 OIS
    • Telefoto 50MP F3.4 OIS 5x zum optikal, 10MP F2.4 OIS 3x zum optikal
    • Ultralebar 12MP F2.2 120˚
  • Kamera hadapan: 12MP F2.2 PDAF
  • Bateri 5,000mAh
  • Pengecas pantas USB-C 25W, wayarles 15W
  • Sistem operasi One UI 6 (Android 14)
  • Rangkaian: 5G, LTE, Wi-Fi 6E, Bluetooth v 5.3
  • Kalis air IP68

Spesifikasi Penuh Galaxy S24+

  • SoC Exynos 2400
  • RAM LPDDR5x 12GB
  • Storan UFS 4.0 128GB/256GB/512GB
  • Skrin Dynamic AMOLED 2X 6.7-inci (1-120Hz) 2,600 nits
  • Kamera Belakang:
    • Utama 50MP F1.8 OIS
    • Telefoto 10MP F2.4 OIS 3x zum optikal
    • Ultralebar 12MP F2.2 120˚
  • Kamera hadapan: 12MP F2.2 PDAF
  • Bateri 4,900mAh
  • Pengecas pantas USB-C 45W, wayarles 15W
  • Sistem operasi One UI 6 (Android 14)
  • Rangkaian: 5G, LTE, Wi-Fi 6E, Bluetooth v 5.3
  • Kalis air IP68

Spesifikasi Penuh Galaxy S24

  • SoC Exynos 2400
  • RAM LPDDR5x 8GB
  • Storan UFS 4.0 256GB/512GB
  • Skrin Dynamic AMOLED 2X 6.2-inci (1-120Hz) 2,600 nits
  • Kamera Belakang:
    • Utama 50MP F1.8 OIS
    • Telefoto 10MP F2.4 OIS 3x zum optikal
    • Ultralebar 12MP F2.2 120˚
  • Kamera hadapan: 12MP F2.2 PDAF
  • Bateri 4,000mAh
  • Pengecas pantas USB-C 25W, wayarles 15W
  • Sistem operasi One UI 6 (Android 14)
  • Rangkaian: 5G, LTE, Wi-Fi 6E, Bluetooth v 5.3
  • Kalis air IP68

Bagi yang berminat untuk mendapat telefon pintar Samsung Galaxy S24, ia boleh dimiliki pada harga berikut: 

  • Galaxy S24 (RAM 8GB + Storan 512GB) – RM4,099
  • Galaxy S24+ (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM4,899
  • Galaxy S24 Ultra (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM6,299
  • Galaxy S24 Ultra (RAM 12GB + Storan 1TB) – RM7,299

Terdapat beberapa tawaran eksklusif bernilai sehingga RM1,650 menanti anda dari sekarang sehingga 14 Mac 2024, seperti:

  • eBaucar RM500
  • Program tukar beli yang menawarkan diskaun sehingga RM650
  • 45% diskaun untuk Samsung Care+ dan aksesori terpilih

Jika berminat dengan tawaran Samsung Galaxy S24 terbaru ini, segera dapatkan di laman web Samsung Malaysia.

[Sumber: PetaPixel]

Bacaan berkaitan:

  • Samsung perkenal kad mikro-SD berkelajuan 800MB/s, lebih pantas dari SSD
  • Samsung kuasai stesen MRT terbesar, TRX penuh paparan Galaxy S24
  • Kenapa Samsung “downgrade” kamera telefoto Galaxy S24 Ultra?
Tags: Galaxy S24Galaxy S24 UltraS24 UltrasamsungSamsung Galaxy S24 Ultra
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240305 Samsung Galaxy S24 Ultra Gambar Bumi

Guna Samsung Galaxy S24 Ultra rakam gambar bumi dari angkasa

5 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER