• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Chery Omoda E5 Malaysia: SUV elektrik berjarak kembara 460km dan harga bawah RM150k

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:18 pm
  • 06/03/2024
  • Komen
Chery Omoda E5 Malaysia: SUV elektrik berjarak kembara 460km dan harga bawah RM150k
Share on FacebookShare on Twitter

Keluarga EV di Malaysia hari ini telah menerima ahli baharu. Kali ini ia adalah sebuah SUV elektrik berharga bawah RM200,000 dan daripada sudut spesifikasi, ia akan bersaing rapat dengan model seperti BYD Atto 3.

Harga Chery Omoda E5 di Malaysia

Sebenarnya Omoda E5 sudahpun di-tease-kan oleh Chery seawal Julai 2023 sewaktu mereka melancarkan Omoda 5 versi petrol. Kemudian, mereka membuka sesi tempahan awal dalam bulan Februari 2024 sebelum ia secara rasmi diperkenalkan ke dalam pasaran Malaysia.



Buat yang berminat untuk dapatkannya, Omoda E5 boleh didapatkan di Malaysia pada harga RM146,800 OTR tidak termasuk insurans. Setiap unit Omoda E5 dilindungi jaminan selama 7 tahun/150,000km sementara komponen bateri bervoltan tingginya dilindungi jaminan 8 tahun/160,000km.

Yang menjadikan Omoda E5 lain daripada yang lain adalah jaminan tambahan yang berupa pertukaran bateri 1-dengan-1 seandainya “kesihatan” bateri anda turun bawah daripada 70% dalam tempoh promosi.



Seperti biasa, ada promosi pembelian awal dijalankan. 2,000 tempahan pertama akan terima beberapa pemberian percuma seperti:

  • Set pengecas AC
  • Kabel V2L
  • Kredit pengecas bernilai RM1,000

Spesifikasi Chery Omoda E5

Pasti anda sedia maklum yang Omoda E5 dibangun berasaskan platform ICE Chery Omoda 5. Jadi anda boleh jangkakan rekaan yang sama antara kedua-dua varian. Daripada segi dimensi, ia mempunyai ukuran sekitar model-model seperti BYD Atto 3, Proton X50, Honda HRV, MGZS EV, Mazda CX-30 dan yang seangkatan dengannya.

Ia lebih kecil berbanding Honda CR-V, Toyota Corolla Cross, dan Proton X70. Makanya, anda boleh bayangkan perbandingan relatif saiz Omoda E5 dengan kenderaan-kenderaan lain apabila berada di atas jalan raya Malaysia kelak.

Beza ketara antara Omoda E5 dan Omoda 5 adalah di bahagian jeriji depan. Berbanding Omoda 5 yang menggunakan rekaan silang pangkah, jeriji Omoda E5 lebih konvensional, malahan hampir tiada kerana ia tidak perlukan radiator untuk menyejukkan enjin. Selain daripada jeriji, rekaan rim juga menandakan perbezaan EV dengan versi petrol.

Chery Omoda E5 adalah EV pacuan motor hadapan. Motor elektrik ini keluarkan 150kW (204PS) dengan tork setinggi 340Nm. Angka tersebut lebih besar daripada Ora Good Cat dan saingan kepada BYD Atto 3. Omoda E5 boleh memecut kepada 100km/j daripada pegun dalam masa 7.6 saat.

Jarak kembara EV ini adalah sejauh 430km (WLTP) berbekalkan sistem bateri berkapasiti 61kWh. Apabila perlu diisi tenaga itu, ia mampu terima kuasa AC pada paras 9.9kW manakala kausa DC pada paras 80kW. Fungsi V2L untuk kemudahan anda beroperasi pada takat 3.3kW.

231129 Chery Omoda E5

Di bahagian dalam. Pemandu boleh lihat info-info penting menerusi kluster instrumen 12.3”. Skrin inforia pun sebesar 12.3” peka sentuhan dan dikuasakan cip Qualcomm 8155. Android Auto dan Apple Car Play ada untuk anda sambungkan kepada telefon.

Akhir sekali, Chery berikan suite ciri bantu pandu yang lengkap kepada Omoda E5 dan mereka gelarkannya sebagai ADAS 2.5.

Bacaan berkaitan

Chery Omoda E5 dipertontonkan kali pertama di Malaysia, pelancaran 2024

Chery Omoda E5 sudah tiba di Malaysia, EV SUV dengan 16 ADAS

Omoda E5, EV pertama Chery di Malaysia akan dilancar bulan Mac ini

Tags: automotifCherychery omoda 5Chery Omoda E5EV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Chery Omoda E5 Malaysia: SUV elektrik berjarak kembara 460km dan harga bawah RM150k

Chery Omoda E5 Malaysia: SUV elektrik berjarak kembara 460km dan harga bawah RM150k

6 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER