• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 14 Ultra Malaysia: Kamera Leica super hebat, pesaing Galaxy S24 Ultra

  • OLEH Najib
  • 12:44 pm
  • 07/03/2024
  • Komen
Xiaomi 14 Ultra Malaysia: Kamera Leica super hebat, pesaing Galaxy S24 Ultra
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak sampai dua minggu selepas dilancarkan di MWC 2024 di Barcelona, Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon flagship terbaru mereka, Xiaomi 14 Ultra. Ia mengekalkan kerjasama dengan pakar kamera Leica dan dikuasakan cip terbaik masakini, Snapdragon 8 Gen 3.

Xiaomi 14 Ultra dilancarkan serentak dengan telefon pintar Xiaomi 14 yang lebih kecil, bersama beberapa peranti lain iaitu Xiaomi Smart Band 8 Pro, Xiaomi Watch 2 dan Xiaomi Watch S3.



Harga dan Promosi Xiaomi 14 Ultra

Xiaomi Malaysia akan menjual Xiaomi 14 mulai 22 Mac 2024. Dua varian boleh dibeli di Malaysia dengan harga rasmi berikut:

  • Xiaomi 14 Ultra (RAM 16GB+ Storan 512GB) – RM5,199

Peminat setia Xiaomi pasti mengetahui, Xiaomi akan memberikan tawaran luar biasa untuk tempahan awal. Untuk Xiaomi 14 Ultra, tempahan awal dibuka dari 8 Mac sehingga 21 Mac, memberikan pembeli hadiah percuma bernilai RM2,346 iaitu:



  • Hadiah Premium (bernilai sehingga RM 2346.94)
  • Kit Fotografi Xiaomi 14 Ultra (bernilai RM 799)
  • Pengecas Wayarles Xiaomi 80W Adaptive Wireless Charging Stand (bernilai RM 599)
  • Langganan storan awan Google One 100GB selama 6-bulan plan (bernilai RM 50.94)
  • Jaminan lanjutan 1+1 tahun (bernilai RM 599)
  • 1 kali penggantian skrin percuma dalam 6 bulan pertama (bernilai RM299)

Selepas itu, mulai 22 Mac pula pembeli akan mendapat hadiah berupa:

  • Hadiah Premium (bernilai sehingga RM 1747.94)
  • Langganan storan awan Google One 100GB selama 6-bulan plan (bernilai RM 50.94)
  • Jaminan lanjutan 1+1 tahun (bernilai RM 599)
  • 1 kali penggantian skrin percuma dalam 6 bulan pertama (bernilai RM299)

Semua hadiah percuma ini diberikan selagi stok masih ada.

Resolusi tinggi, Quad HD

Bermula dengan paparan, Xiaomi mengenakan skrin AMOLED LTPO 1-120Hz, dengan resolusi tinggi WQHD (3200×144) yang memberi kepadatan piksel 532 ppi. Ia juga sangat cerah, mencecah 1,000nits pada tahap biasa dan 3,000nits di tahap puncak.

Skrin ini turut menyokong paparan Pro HDR, Dolby Vision, serta HDR10+. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin. Untuk perlindungan, Xiaomi mengenakan kaca Xiaomi Shield Glass untuk memberikan lengkungan terbaik di semua sudut bagi paparan rata. Lubang kecil di dahi skrin, memuatkan kamera hadpaan 32MP F2.0

Sistem empat kamera Leica

Ibarat memasang empat kamera profesional di telefon, Xiaomi 14 Ultra menyediakan jarak fokal dari 12mm sehingga 120mm. Watak utamanya adalah kamera utama 50MP 23mm dengan apertur berbilang dari F1.63 hingga F4.0. Selain dilengkapi OIS, kamera utama dengan sensor baru LYT-900 ini menggunakan sensor yang besar, bersaiz 1-inci. Lensa ultra lebar 50MP F1.8 12mm, menggunakan sensor Sony IMX858 dan memiliki sudut pandang 122-darjah.

Dua lagi lensa telefoto, masing-masing menyediakan keupayaan berbeza. Pertama adalah lensa telefoto terapung 50MP F1.8 75mm. Ia mampu menangkap gambar makro dari jarak 10cm. Lensa kedua 50MP F2.5 120mm, menggunakan keupayaan periskop untuk zum lebih jauh.

Bagi meningkatkan pengalaman menangkap gambar, Xiaomi menyediakan kit fotografi untuk Xiaomi 14 Ultra yang dijual berasingan. Ia merupakan sarung telefon tersuai dengan ruang genggam lebih baik, butang katup dua-tahap, butang zum, butang khas rakaman video sert a beberapa butang tambahan. Ia juga bertindak sebagai powerbank dengan kapasti bateri 1,500 mAh.

Prestasi Tinggi, Tahan Lama Bateri

Untuk memberikan prestasi terbaik, Xiaomi 14 Ultra dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 3. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR5X 16GB, dan storan terpantas UFS 4.0 seluas 512GB.

Kapasiti bateri agak biasa, hanya 5,000mAh tetapi ia menyokong pengecasan pantas baru Xiaomi HyperCharge 90W berwayar USB-C, serta pengecasan Wireless HyperCharge 80W yang turut menyokong pengecasan wayarles terbalik.

Selain itu, Xiaomi 14 Ultra turut menyokong teknologi terbaru WiFi 7, bersama Bluetooth 5.4 serta NFC. Ia datang bersama sistem bunyi stereo dan diiktiraf Dolby Atmos.

Sistem Operasi Serba Baharu

Serentak dengan Xiaomi 14, Xiaomi 14 Ultra juga menggunakan sistem operasi serba baharu Xiaomi HyperOS. Ia juga dijamin akan menerima sehingga 4 kemaskini OS bersama 5 tahun kemaskini keselamatan. Xiaomi turut memberikan langganan Google One 100GB percuma selama 6-bulan untuk pengguna Xiaomi 14 Ultra.

Terdapat dua warna premium disediakan untuk Xiaomi 14 Ultra iaitu hitam dan putih. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Xiaomi 14 Ultra.

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi 13 Ultra: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • [MWC 2024] Xiaomi 14 Ultra, empat kamera Leica bergabung dengan HyperOS
  • [MWC 2024] Xiaomi 14 kekal kompak, prestasi gempak dengan kamera Leica terapung
Tags: leicaxiaomiXiaomi 14Xiaomi 14 Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Xiaomi 14 Ultra Malaysia: Kamera Leica super hebat, pesaing Galaxy S24 Ultra

Xiaomi 14 Ultra Malaysia: Kamera Leica super hebat, pesaing Galaxy S24 Ultra

7 March 2024
​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER