• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GeForce Now kini ada pas harian dan sokong VRR

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:30 am
  • 08/03/2024
  • Komen
GeForce Now kini ada pas harian dan sokong VRR
Share on FacebookShare on Twitter

Nvidia mengumumkan beberapa perkara baharu untuk perkhidmatan gaming awan GeForce Now mereka. Salah satu daripadanya adalah pengenalan pas harian yang bolehkan gamers bermain sehari suntuk tanpa perlu berikan komitmen bulanan.

Dalam pasaran A.S, pas harian ditawarkan dalam dua pilihan dan berikut adalah harganya:



  • Ultimate Day Pass – USD7.99 (RM37.47)
  • Priority Day Pass – USD3.99 (RM18.71)

Beza Ultimate Day Pass dengan Priority Day Pass

Sebagai pas paling premium dalam kalangan dua pas tersebut, Ultimate Day Pas pastinya berikan manfaat paling banyak. Pemegang pas boleh mengakses pelayan khas RTX4080 untuk bermain dan ada permainan ekslusif di dalamnya. Resolusi bermain juga lebih tinggi pada 4K dengan kadar bingkai sehingga 120fps.

Priority Day Pass pula menikmati permianan di pelayan RTX biasa dan resolusi bermain dihadkan kepada 1080p dan kadar bingkai pada 60fps.



Sekiranya anda pengguna kad grafik siri RTX 40 anda turut menikmati manfaat tambahan seperti akses kepada DLSS 3 dan Nvidia Reflex.

GeForce Now kini sokong VRR

Perkara baharu yang seterusnya adalah naik taraf teknologi GeForce Now. Pengguna GeForce Now kini boleh memanfaatkan teknologi variable refresh rate (VRR) sewaktu bermain dan ciri ini dikenali sebagai Cloud G-Sync. Kelebihannya kepada anda adalah ia membasmi fenomena screen tearing apabila output kadar bingkai strim tidak padan dengan kadar segar semula monitor anda.

Namun, buat masa sekarang Cloud G-Sync hanya menyokong komputer Windows yang diperkasa kad grafik GTX 16 ataupun RTX 20 dan keatas (seni bina Turing atau yang lebih baharu).

Buat pengguna macOS, berikut adalah senarai komputer yang menyokongnya:

Semua Mac yang diperkasa SoC Apple

  • MacBook Pro (Intel, 13”, 2020)
  • MacBook Pro (Intel, 16” 2019)
  • MacBook Air (Retina, 13”, 2020)
  • iMac (Retina 5K, 27”, 2020)
  • Mac Pro (2019, ada Radeon Pro W5500X, W5700X, W6800X, W8900X atau W6800X Duo)

Kedengaran sangat menarik untuk gamers yang tak mahu terjebak dengan komitmen bulanan ataupun tahunan. Walau bagaimanapun, gamers di Malaysia masih perlu menunggu kerana pas tersebut tidak ditawarkan di pasaran kita. Rakan ekslusif GeForce Now di Malaysia, Yes 5G masih lagi tawarkan hanya dua jenis langganan GeForce Now iaitu pelan tahunan berharga bermula RM300/tahun dan pelan bulanan berharga bermula RM30/bulan.

Sumber: Nvidia, 2

Tags: GeForce NowNvidia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

GeForce Now kini ada pas harian dan sokong VRR

GeForce Now kini ada pas harian dan sokong VRR

8 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER