• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MyCity Pass naik harga, kini ditawarkan kepada Bukan Warganegara

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:12 am
  • 08/03/2024
  • Komen
Cadangan Uber untuk hapuskan kesesakan jalanraya – kongsi kereta
Share on FacebookShare on Twitter

Pengendali perkhidmatan RapidKL, Prasarana, mengumumkan perbuahan harga pada produk MyCity Pass mereka menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan. Kemudian, bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang, MyCity Pass kini turut ditawarkan kembali pada pengguna Bukan Warganegara.

Berikut adalah harga terkini MyCity Pass:



  • Pas MyCity 1-hari (Warganegara) – MR6.00
  • Pas MyCity 1-hari (Bukan Warganegara) – RM10.00
  • Pas MyCity 3-hari (Warganegara) – RM15.00
  • Pas MyCity 3-hari (Bukan Warganegara) – RM25.00

Selain mengumumkan penyelarasan harga, Prasarana juga mengumumkan yang MyCity Pass akan boleh diperolehi melalui aplikasi MyRapid PULSE bermula 11 Mac 2024. Sebelum ini, ia cuma boleh didapatkan di kaunter fizikal perkhidmatan RapidKL.

Kelebihan MyCity Pass & di mana nak beli

MyCity Pass sangat sesuai untuk yang ingin mengembara ke seluruh Lembah Klang dalam waktu terhad, contohnya pelancong. Ia membolehkan pemegang pas menggunakan perkhidmatan RapidKL seperti LRT, MRT, Monorail, BRT, Rapid KL, dan bas perantara MRT tanpa had sama ada 1 hari ataupun 3 hari.



Anda boleh dapatkan MyCity Pas di Pejabat Khidmat Pelanggan RapidKL yang terletak di:

  • Semua stesen LRT
  • Semua stesen MRT
  • Semua stesen Monorail
  • Semua stesen BRT
  • Hab terpilih seperti Chow Kit, Pasar Seni, Seksyen 2 Shah Alam, Greenwood, Sri Nilam, KLCC, Pearl Point, Puching Utama & Sunway Pyramid.

Pas MyCity adalah pas digital yang dikodkan ke dalam kad Touch ‘n Go (TNG). Sekiranya anda tidak mempunyai kad TNG, ia boleh dibeli di pejabat khidmat pelanggan. Kad TNG yang anda miliki ataupun kad pengenalan yang fungsi TNG juga boleh digunakan untuk beli MyCity Pass.

Perlu diingatkan kepada anda yang walaupun anda beli MyCity Pass, anda diwajibkan untuk mempunyai baki minimum RM5 di dalam kad sewaktu menggunakan perkhidmatan RapidKL. Tempoh sah pas adalah mengikut hari. Makanya, janganlah dapatkan MyCity Pass pada waktu petang apabila anda hanya mempunyai beberapa jam sahaja untuk gunakannya.

Sumber: Prasarana

Bacaan berkaitan

Pas RapidKL My50 dan MyCity dah boleh beli dalam talian, tapi tak boleh terus guna?

Tidak terhad Touch n Go, pembayaran kad kredit dan debit bakal diterima untuk pengangkutan awam

Perlu ke KLIA? Guna MRT laluan Putrajaya untuk lebih jimat

Tags: mycity passPrasaranaRapidKL
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Cadangan Uber untuk hapuskan kesesakan jalanraya – kongsi kereta

MyCity Pass naik harga, kini ditawarkan kepada Bukan Warganegara

8 March 2024
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN