• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebuhraya WCE Seksyen 11 dibuka 12 Mac, tol percuma 2 bulan sehingga Hari Raya

  • OLEH Najib
  • 1:13 pm
  • 11/03/2024
  • Komen
Lebuhraya WCE Seksyen 11 dibuka 12 Mac, tol percuma 2 bulan sehingga Hari Raya
Share on FacebookShare on Twitter

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Perak kini telah dibuka sepenuhnya. Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini telah merasmikan pembukaan Seksyen 11, Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas. Seksyen ini akan dibuka secara rasmi kepada pengguna lebuh raya bermula dari jam 12.01 tengah malam pada 12 Mac 2024 (Selasa).

Tol Percuma Sampai Hari Raya

Sempena pembukaan Seksyen 11 ini, semua pengguna lebuhraya boleh melaluinya secara percuma. Laluan percuma ini hanya untuk seksyen 11 WCE sahaja antara Taiping Selatan dan Beruas, jadi pengguna di seksyen lain masih perlu membayar kadar tol biasa.



Tol percuma di Seksyen 11 ini juga boleh dinikmati semua kelas pengguna lebuhraya. Tetapi pengguna masih perlu menggunakan cara pembayaran biasa seperti kad Touch n Go, SmartTag atau RFID. Ia akan dikenakan kadar RM0.

Jalan landai, jimat kos bahan api

Lebuhraya WCE Seksyen 11 yang baru dibuka ini, melibatkan jajaran sepanjang 35.5 km yang menghubungkan pengguna secara terus dari lebuhraya PLUS di Changkat Jering ke Beruas, Perak. Ia melengkapkan jajaran Lebuhraya WCE antara bandar yang menghubungkan Changkat Jering di negeri Perak ke Banting negeri Selangor sepanjang 314.5 kilometer. Ia melalui beberapa pekan dan bandar utama seperti Beruas, Sri Manjung, Sitiawan, Teluk Intan, Bagan Datuk, Hutan Melintang di negeri Perak dan Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Klang, Shah Alam dan Banting di Selangor.



Pembukaan Seksyen 11 ini dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Changkat Jering ke Beruas menjadi hanya 20 minit sahaja, berbanding 55 minit melalui laluan sedia ada. Pengurangan masa perjalanan ini secara tidak langsung memberikan penjimatan kos bahan api kepada pengguna, selain menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di samping mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak, musim perayaan dan cuti persekolahan.

Lebuhraya WCE turut menyediakan laluan yang selesa kepada pengguna ke Utara dengan laluan yang lebih landai dan kurang berbukit.

Dekat ke destinasi pelancongan, ekonomi pesisir pantai

Orang ramai juga boleh pergi ke destinasi pelancongan menarik di sekitar lebuhraya WCE dengan lebih mudah, Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping, Hutan Paya Bakau Matang, Muzium Perak, Pantai Remis dan Pulau Pangkor. Ia juga dapat membantu menjadi nilai tambah kepada kempen Tahun Melawat Perak 2024 dan Sambutan Ulang Tahun ke-150 bandar Taiping.

Dari aspek ekonomi, Lebuhraya WCE membantu menjadi pemangkin penjanaan ekonomi masyarakat persisiran pantai barat yang kaya dengan makanan dan hasil laut. Ia menyediakan akses lebih besar antara negeri Perak dan Selangor terutama aktiviti logistik antara pelabuhan seperti Pelabuhan Lumut, Pelabuhan Teluk Intan dan Pelabuhan Klang.

[Sumber: Alexander Nanta Linggi]

Bacaan Berkaitan

  • Lebuhraya WCE di Perak akan dibuka sepenuhnya pada Mac 2024
  • Seksyen 11 lebuhraya WCE akan dibuka tidak lama lagi, lengkapi laluan di Perak
  • RHB dan WCE anjurkan Century Ride pertama di lebuhraya tertutup
  • Seksyen 6 Lebuhraya WCE dibuka, percuma untuk semua kenderaan sehingga Januari 2024
Tags: Alexander Nanta Linggilebuhraya WCETol percumaWCE
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Lebuhraya WCE Seksyen 11 dibuka 12 Mac, tol percuma 2 bulan sehingga Hari Raya

Lebuhraya WCE Seksyen 11 dibuka 12 Mac, tol percuma 2 bulan sehingga Hari Raya

11 March 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER