• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A35, mirip Galaxy A55 dengan prestasi dan kamera lebih rendah

  • OLEH Najib
  • 12:10 pm
  • 12/03/2024
  • Komen
Samsung Galaxy A35, mirip Galaxy A55 dengan prestasi dan kamera lebih rendah
Share on FacebookShare on Twitter

Tanpa sebarang majlis pelancaran, Samsung telah mengumumkan ketibaan dua model baru dalam siri Galaxy A iaitu Galaxy A55 dan Galaxy A35. Kedua-dua model ini merupakan peranti kelas pertengahan Samsung yang sangat popular.

Bagi Galaxy A35, rupanya kini sangat serupa dengan Galaxy A55. Ia memiliki saiz skrin yang sama, bingkai melengkung yang sama serta kaca belakang yang sama. Sekilas pandang, mungkin sukar untuk membezakan Galaxy A35 dan Galaxy A55. Bagusnya, ia kelihatan seperti peranti flagship Galaxy S24.



Harga Galaxy A35

Samsung mengumumkan kedatangan Galaxy A55 dan Galaxy A35 ini untuk pentas antarabangsa. Sehubungan itu, harga rasmi dan tarikh jualannya di Malaysia masih belum diketahui.

Dalam kenyataan Samsung Malaysia, ia menyatakan Galaxy A35 disenaraikan dalam satu varian iaitu RAM 8GB dan storan 256GB. Carian kami tentang harga Galaxy A35 membawa kepada laman web Samsung Indonesia. Di sana, ia telah disenaraikan bersama harga rasmi iaitu:



Galaxy A35 (RAM 8GB + storan 128GB) – IDR4.999.000 (~RM1,508)
Galaxy A35 (RAM 8GB + storan 256GB) – IDR5.499.000 (~RM1,659)

Besar kemungkinan kita akan dapat melihat harga yang agak serupa di Malaysia. Adakah ini bermakna, Galaxy A35 di Malaysia akan dijual lebih mahal nanti? Untuk perbandingan, Galaxy A34 dilancar di Malaysia pada harga RM1,599 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Untuk harga rasmi, kita nantikan pengumuman dari Samsung Malaysia tidak lama lagi.

Spesifikasi Galaxy A35

Samsung menggunakan cipset Exynos 1380 untuk Galaxy A35, cipset yang serupa digunakan di Galaxy A54. RAM dibekalkan sebanyak 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Slot kad mikroSD turut tersedia, menerima sehingga storan tambahan sehingga 1TB.

Skrinnya serupa dengan Galaxy A55, permukaan rata jenis Super AMOLED, berukuran 6.6-inci dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Ia memiliki kecerahan setinggi 1,000nits. Pengimbas capjari ada di dalam skrin. Kaca Corning Gorilla Glass Victus yang tahan calar digunakan sebagai lapisan di atas skrin.

Samsung menggunakan bingkai plastik untuk Galaxy A35. Ia mempunyai lekuk di sisi untuk memberikan genggaman lebih baik di samping mencapai butang kuasa dan bunyi dengan lebih selesa.

Terdapat tiga kamera belakang Galaxy A35. Ia adalah kamera utama 50MP F1.8 OIS, bersama kamera ultralebar 8MP F2.2 serta kamera makro 5MP F2.4. Untuk kamera hadapan, ia dilengkapi sensor 13MP F2.2 dan terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Bateri dan pengecas Galaxy A35 tidak berubah. Ia masih menggunakan bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas sehingga 25W sahaja melalui USB-C. Kepala pengecas tidak diberikan di dalam kotak, harus dibeli berasingan.

Sistem bunyi stereo terdapat di telefon ini, tanpa jek audio 3.5mm. Selain itu, ia turut menyokong NFC, Bluetooth 5.3 dan WiFi 6. Galaxy A35 juga kalis air dan debu IP67. Samsung juga mengiklankan Galaxy A35 sebagai peranti sangat selamat dengan ciri keselamatan Knox Vault, Auto Blocker dan Security and Privacy Dashboard.

Sistem operasi One UI 6.1 berasaskan Android 14 dipasang siap pada Galaxy A35. Ia dijamin akan menerima 4 kali kemaskini OS dan 5 tahun kemaskini keselamatan. Ini berbeza dengan jaminan yang diberikan kepada Galaxy S24 yang dilancar awal tahun ini iaitu 7 kali kemaskini OS dan 7 tahun kemaskini keselamatan.

Galaxy A35 dilancarkan dalam empat warna iaitu Awesome Navy, Awesome Iceblue, Awesome Lilac dan Awesome Lemon. Tetapi warna Awesome Lemon tidak disenaraikan di laman web Samsung Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy A35.

Warna Galaxy A35: Awesome Navy, Awesome Iceblue, Awesome Lilac dan Awesome Lemon

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy A54 & Galaxy A34: Apa bezanya? Semua ini perlu anda tahu
  • Galaxy A54 dan Galaxy A34: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?
Tags: galaxy a35samsungSamsung Galaxy A35
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy A35, mirip Galaxy A55 dengan prestasi dan kamera lebih rendah

Samsung Galaxy A35, mirip Galaxy A55 dengan prestasi dan kamera lebih rendah

12 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER