• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A55 kini ada bingkai besi, cip Exynos dan GPU AMD RDNA2

  • OLEH Najib
  • 11:27 am
  • 12/03/2024
  • Komen
Samsung Galaxy A55 kini ada bingkai besi, cip Exynos dan GPU AMD RDNA2
Share on FacebookShare on Twitter

Tanpa majlis pelancaran mega, Samsung telah melancarkan dua model baru dalam siri Galaxy A iaitu Galaxy A55 dan Galaxy A35. Kedua-dua model ini merupakan peranti kelas pertengahan Samsung yang sangat popular.

Bagi Galaxy A55, tidak banyak naik taraf diberikan berbanding Galaxy A54. Antara perkara yang baharu adalah naik taraf cipset dan lebih ketara lagi adalah bingkai badan yang diperbuat daripada besi serta kaca di belakang, menjadikan rupanya lebih premium bak peranti kelas flagship.



Harga Galaxy A55

Samsung mengumumkan kedatangan Galaxy A55 dan Galaxy A35 ini di pentas antarabangsa. Sehubungan itu, harga rasmi dan tarikh jualannya di Malaysia masih belum diketahui.

Dalam kenyataan Samsung Malaysia, ia menyatakan Galaxy A55 terdapat dalam satu varian iaitu RAM 12GB dan storan 256GB. Ini satu lagi perkara baharu kerana Galaxy A54 dan model sebelumnya tidak pernah menggunakan RAM 12GB.



Carian kami tentang harga Galaxy A55 di internet membawa kepada laman web Samsung Indonesia. Di sana, ia telah disenaraikan bersama harga rasmi iaitu:

  • Galaxy A55 (RAM 8GB + storan 256GB) – IDR5.999.000 (~RM1,808)
  • Galaxy A55 (RAM 12GB + storan 256GB) – IDR6.899.000 (~RM2,080)
Harga rasmi Galaxy A55 di Indonesia

Besar kemungkinan kita akan dapat melihat harga yang agak serupa di Malaysia. Adakah ini bermakna, Galaxy A55 di Malaysia akan melebihi RM2,000? Untuk perbandingan, Galaxy A54 dilancar di Malaysia pada harga RM1,899 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Tentang harga rasmi, kita nantikan pengumuman dari Samsung Malaysia tidak lama lagi.

Spesifikasi Galaxy A55

Prestasi baru diperkenal di Galaxy A55 dengan cip Exynos 1480 4nm bersama GPU AMD RDNA2. RAM dibekalkan sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Slot kad mikroSD turut tersedia, menerima sehingga storan tambahan sehingga 1TB.

Skrinnya rata jenis Super AMOLED, berukuran 6.6-inci dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Ia memiliki kecerahan setinggi 1,000nits. Pengimbas capjari ada di dalam skrin. Kaca Corning Gorilla Glass Victus yang tahan calar digunakan sebagai lapisan di atas skrin.

Samsung memperbaharui rekaan Galaxy A55 dengan memberikan bingkai badan diperbuat daripada besi. Ia mempunyai lekuk di sisi untuk memberikan genggaman lebih baik di samping mencapai butang kuasa dan bunyi dengan lebih selesa.

Terdapat tiga kamera belakang Galaxy A55. Ia adalah kamera utama 50MP F1.8 OIS, bersama kamera ultralebar 12MP F2.2 serta kamera makro 5MP F2.4. Masih tiada kamera telefoto. Untuk kamera hadapan, ia dilengkapi sensor 32MP F2.2 dan terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Bateri dan pengecas Galaxy A55 tidak berubah. Ia masih menggunakan bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas sehingga 25W sahaja melalui USB-C. Kepala pengecas tidak diberikan di dalam kotak, harus dibeli berasingan.

Sistem bunyi stereo terdapat di telefon ini, tanpa jek audio 3.5mm. Selain itu, ia turut menyokong NFC, Bluetooth 5.3 dan WiFi 6. Galaxy A55 juga kalis air dan debu IP67. Samsung juga mengiklankan Galaxy A55 sebagai peranti sangat selamat dengan ciri keselamatan Knox Vault, Auto Blocker dan Security and Privacy Dashboard.

Sistem operasi One UI 6.1 berasaskan Android 14 dipasang siap pada Galaxy A55. Ia dijamin akan menerima 4 kali kemaskini OS dan 5 tahun kemaskini keselamatan. Ini berbeza dengan jaminan yang diberikan kepada Galaxy S24 yang dilancar awal tahun ini iaitu 7 kali kemaskini OS dan 7 tahun kemaskini keselamatan.

Galaxy A55 dilancarkan dalam empat warna iaitu Awesome Iceblue, Awesome Lilac, Awesome Lemon dan Awesome Navy. Tetapi warna Awesome Lemon tidak disenaraikan di laman web Samsung Malaysia. Mungkin hanya tiga warna boleh dibeli nanti di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy A55.

Warna Galaxy A55: Awesome Navy, Awesome Iceblue, Awesome Lilac, Awesome Lemon

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy A54 & Galaxy A34: Apa bezanya? Semua ini perlu anda tahu
  • Galaxy A54 dan Galaxy A34: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?
Tags: galaxy a55samsungSamsung Galaxy A55
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy A55 kini ada bingkai besi, cip Exynos dan GPU AMD RDNA2

Samsung Galaxy A55 kini ada bingkai besi, cip Exynos dan GPU AMD RDNA2

12 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER