• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Paip gas Petronas berbahaya bawah lebuhraya ELITE? Ini jawapan PLUS

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:05 pm
  • 14/03/2024
  • Komen
Paip gas Petronas berbahaya bawah lebuhraya ELITE? Ini jawapan PLUS
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nata Linggi, telah memuat naik status di Facebook miliknya tentang isu keselamatan yang dibangkitkan aktivis Lando Zawawi Vrus. Isu keselamatan yang dipersoalkan adalah sama ada betulkan ada paip gas di bawah Lebuhraya Elite yang ditanam secara tidak elok sehinggakan boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Sumber

Menteri itu merujuk kepada satu hantara Facebook yang diutuskan Lando Zawawi Vrus pada 13 Mac 2024 mengandungi gambar yang dipercayai daripada whistleblower yang mengadu padanya berkenaan isu terbabit. Dalam gambar itu, anda boleh lihat info seperti adanya aktiviti menanam paip gas oleh Petronas di bawah KM14 Lebuhraya Elite tanpa kebenaran PLUS.



Masalah timbul apabila paip gas itu menjejaskan struktur tunjang lebuh raya. Lebih bahaya, didakwa yang Petronas ingin mula menyalurkan gas merentas paip itu seawal akhir bulan Mac 2024. Pengadu menyifatkan aktiviti ini sebagai berbahaya dan menjadikan perisitiwa di Lawas dalam tahun 2022 sebagai contoh.

Insiden letupan paip gas di Lawas 2022

Insiden letupan paip di Lawas berlaku dalam bulan November 2022 apabila paip gas milik Petronas meletup dan mengorbankan satu nyawa serta mencederakan dua orang lain. Dilaporkan yang kebocoran paip gas itu menghasilkan api dengan radius 400 meter yang boleh dilihat daripada beberapa kilometer daripada tempat kejadian.



Itu adalah insiden melibatkan nyawa yang pertama di situ. Seblum ini, sudah ada 4 insiden kebocoran dan letupan masing-masing dalam tahun 2014, 2018, 2019, dan 2020.

PLUS maklumkan Lebuhraya ELITE selamat digunakan

26 minit selepas Menteri Kerja Raya membuat muat naik di Facebook, pihak PLUS pula memuat naik kenyataan mereka. Dalam kenyataan tersebut, pengendali Lebuhraya ELITE itu memberikan jaminan bahawa laluan itu selamat digunakan, selepas jururunding mereka membuat penilaian dan siasatan.

Mereka turut mengesahkan bahawa memang terdapat insiden pemasangan paip gas tanpa kebenaran seperti mana yang tular di media sosial. Mereka turut mengatakan kerja-kerja pembaikan telah berjalan sejak bulan Januari 2024.

Tags: lebuhraya eliteplus
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Paip gas Petronas berbahaya bawah lebuhraya ELITE? Ini jawapan PLUS

Paip gas Petronas berbahaya bawah lebuhraya ELITE? Ini jawapan PLUS

14 March 2024
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN