• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi A3: Ada bonjol kamera ala Xiaomi 14 Ultra, harga RM429

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:14 pm
  • 14/03/2024
  • Komen
Redmi A3: Ada bonjol kamera ala Xiaomi 14 Ultra, harga RM429
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dikhabarkan tempoh hari tentang penemuan entri Redmi A3 dalam pengkalan data Sirim Malaysia, Xiaomi secara rasminya umumkan penjualan Android harga patut ini dalam pasaran Malaysia. Harga Redmi A3 di Malaysia ialah RM429 dan hanya satu varian ditawarkan iaitu RAM 4GB dan storan 128GB.

Anda boleh dapatkan Redmi A3 melalui gedung-gedung dalam talian seperti Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Redmi A3

Apa yang menarik adalah, walaupun Redmi A3 berada dalam kategori kelas permulaan, ia hadir dengan rekaan premium pada bahagian panel belakang kerana menggunakan kemasan tekstur kulit berwarna hijau, serta menampilkan modul kamera dipanggil ‘Halo Design’. Selain hijau, ia juga tersedia dalam dua warna hitam dan biru yang disarungkan dengan panel belakang kaca.

Telefon Redmi A3 ini dikuasakan cip MediaTek Helio G36 12nm dengan pilihan RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB. Kad MikroSD turut diterima untuk peluasan storan lagi 1TB. Sistem operasi yang dijalankan merupakan Android 14 sejurus keluar kotak.



Bahagian paparannya dipasangkan skrin besar 6.7-inci pada resolusi HD dengan kadar penyegaran 90Hz. Komponen skrin tersebut dilindungi dengan kaca Corning Gorilla Glass 3. Terdapat takuk U di skrin yang menempatkan kamera hadapan 5MP.

Untuk sistem kamera di belakang, walaupun kelihatan besar modul kameranya, ia hanya dimuatkan dengan satu kamera utama yang menggunakan sensor 8MP bersama lensa pembantu 0.08MP untuk bokeh.

Menghidupkan telefon adalah bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 10W melalui USB-C. Penggunaan port USB-C ini adalah satu naik taraf berbanding port mikro-USB pada model Redmi A2+ terdahulu. Lagi ciri lain yang dilengkapi Redmi A3 termasuk pengimbas cap jari di sisi, jek audio 3.5mm, WiFi 5 dan juga Bluetooth 5.3.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Xiaomi di sini.

Sumber: Xiaomi

Tags: RedmiRedmi A3xiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Redmi A3: Ada bonjol kamera ala Xiaomi 14 Ultra, harga RM429

Redmi A3: Ada bonjol kamera ala Xiaomi 14 Ultra, harga RM429

14 March 2024
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN