• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Zenfone 11 Ultra diumum, lenyap sudah legasi telefon flagship Android skrin kecil

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:34 am
  • 18/03/2024
  • Komen
Zenfone 11 Ultra diumum, lenyap sudah legasi telefon flagship Android skrin kecil
Share on FacebookShare on Twitter

Asus dengan pengenalan Zenfone 11 Ultra menandakan era telefon berskrin kecil telah makin pudar. Sebagai rujukan, Zenfone 10 adalah flagship Android terakhir yang ada skrin bawah 5.9” dan ia digantikan dengan Zenfone 11 Ultra yang memperagakan panel paparan 6.78”, sama seperti ROG Phone 8. Malahan, anda boleh lihat ZenFone 11 Ultra sebagai versi non-gaming kepada ROG Phone.

Spesifikasi Zenfone 11 Ultra

Asus menggunakan panel Samsung Flexible AMOLED dengan resolusi FHD+ pada ZenFone 11. Ia mempunyai kadar segar semula boleh laras sehingga 144Hz. Kecerahan puncaknya boleh mencapai 2,500 nits. Panel paparan itu dilindungi Corning Gorilla Glass Victus 2.



Atas papan utama, Zenfone 11 diperkasa SoC Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dengan dua kombinasi RAM dan storan boleh dipilih iaitu RAM 12GB + storan 256GB ataupun RAM 16GB + storan 512GB.

Untuk mengambil gambar, tiga buah kamera belakang disediakan. Kamera utamanya menggunakan sensor IMX890 50MP. Ia juga ada kamera telefoto 3x zum optikal bersensor 32MP sementara kamera terakhir adalah kamera ultralebar dengan sensor 13MP. Di bahagian depan, kamera selfienya menggunakan sensor 32MP.



Mungkin anda bersetuju dengan saya. Saya rasakan kedudukan bonggol kamera Zenfone 11 Ultra sedikit “cacat” kerana ruang di sisi kiri tak sama dengan ruang di atas. Sebagai perbandingan, Galaxy S20 Ultra yang ada pulau kamera petak boleh pula diposisikan secara baik.

Bonggol kamera Galaxy S20 Ultra

Asus memberikan bateri 5,500mAh pada Zenfone 11 Ultra. Namun, mereka tidak pula mengyatakan berapakah paras kuasa mengecas telefon ini kecuali dilaporan yang ia menyokong Quick Charge 5.0, PD Charging, dan pengecasan wayarles Qi 1.3.

Selain spesifikasi flagship, Asus nampaknya ingin sekali lagi menunggang arus AI dengan memperkenalkan sejumlah ciri “berasaskan AI”. Anda dapat ciri seperti Semantic Search, AI Noise Cancellation, AI Call Translator, AI Transcript, dan AI Wallpaper. Kalau anda perasan, AI Call Translator ada ciri yang sama seperti Samsung Galaxy AI dalam kategori Call Assist.

Kalau anda masih ingat, barisan Zenfone 5 memperkenalkan AI Display, AI Camera, AI Ringtone, AI Gallery, AI Charging, AI Boost, dan AI Photo Learning dalam tahun 2018 tempoh hari.

Sama seperti Zenfone 10 tahun lalu, besar kemungkinan telefon ini tidak akan masuki Malaysia. Namun ia bukanlah satu masalah besar kerana spesifikasinya sama sahaja dengan ROG Phone 8 yang ada di sini. ROG Phone 8 boleh anda dapatkan pada harga bermula RM3,999 untuk RAM 12GB sementara varian tertinggi berharga RM5,999 yang hadir dengan RAM 24GB.

Sumber: Asus

Bacaan berkaitan

[REVIU] ROG Phone 8 Pro: sanggup buang speaker terbaik untuk bingkai nipis dan kamera lebih hebat

Asus Vivobook 16: Skrin besar 16″ dan cip Intel Core 5 terbaru pada harga RM3,099

Power dan tak mahal sangat, Ini 5 telefon terbaik bawah RM3,000 di Malaysia

Tags: androidasusASUS ZenFoneasus zenfone 11ROG Phone 8ZenFonezenfone 11
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Zenfone 11 Ultra diumum, lenyap sudah legasi telefon flagship Android skrin kecil

Zenfone 11 Ultra diumum, lenyap sudah legasi telefon flagship Android skrin kecil

18 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER