• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun PS5 sehingga RM500 sempena promo Ramadan Sony

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:40 pm
  • 19/03/2024
  • Komen
Sony dijangka perkenal Xperia 1, 5, 10 generasi ketiga pada 14 April
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena bulan Ramadan ini, Sony Malaysia ingin memeriahkan lagi suasana dengan mengadakan promosi menarik untuk pelbagai barisan produk mereka, termasuklah untuk konsol permainan Sony PlayStation 5 (PS5). Dalam promosi ini, Sony menawarkan penjimatan sehingga RM500 kepada pengguna dan ia akan berjalan dari sekarang sehingga 31 Mac 2024.

Harga PlayStation 5 serendah RM1,849

Walau bagaimanapun, untuk PS5, dilihat promosi ini hanya melibatkan konsol PS5 versi asal sahaja, tiada konsol terbaru PS5 Slim. Untuk lebih jelas, berikut adalah senarai PS5 dan harga promosi:



  • PS5 Disc Edition: RM2,499 RM2,099 (jimat RM400)
  • PS5 Disc Edition dengan 2 alat kawalan DualSense: RM2,799 RM2,399 (jimat RM400)
  • PS5 Disc Edition Spider-Man 2 Bundle: RM2,769 RM2,369 (jimat RM400)
  • PS5 Digital Edition: RM2,069 RM1,849 (jimat RM220)
  • PS5 Digital Edition dengan 2 alat kawalan DualSense Bundle: RM2,369 RM1,969 (jimat RM400)
  • PS5 Digital Edition Spider-Man 2 Bundle: RM2,339 RM1,939 (jimat RM400)

Dengan diskaun ini, anda boleh dapatkan PS5 pada harga jauh lebih murah berbanding harga sewaktu awal pelancarannya. Ia dilancar pada Disember tahun 2020 pada harga RM2,299 untuk versi Disc, manakala Digital Edition pula dijual pada harga RM1,869.

Namun, pada Ogos 2022, harga konsol ini naik mendadak dari RM2,299 kepada RM2,499 dan RM1,869 kepada RM2,069 disebabkan oleh inflasi global yang berlaku pada waktu itu dan juga kadar tukaran matawang yang tidak menentu.



Diskaun turut tersedia untuk PSVR2 dan fon kepala wayarles Pulse 3D

Selain daripada PS5, promosi Ramadan ini juga menyaksikan potongan harga untuk set kepala PlayStation VR2 (PSVR2). Berikut adalah harganya ketika promosi:

  • PSVR2 Standard: RM2,799 RM2,399 (jimat RM400)
  • PSVR2 Horizon Call of The Mountain Bundle: RM2,999 RM2,499 (jimat RM500)

Pakej standard PSVR2 ini juga akan datang sekali bersama sepasang alat kawalan PSVR2 Sense dan juga fon kepala stereo. Untuk set bundle Horizon Call of The Mountain, pembeli turut akan menerima kod baucar stor PlayStation untuk memuat turun permainan.

Sementara itu, walaupun tidak dinyatakan dalam pengumuman di Facebook, sebenarnya Sony turut menawarkan fon kepala wayarles Pulse 3D pada RM369, potongan RM100 daripada harga asal. Terdapat tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan kelabu camouflage.

Jika berminat, anda boleh dapatkan produk dalam promosi ini di Sony Store di Lalaport dan The Curve PJ. Anda juga boleh dapatkannya secara dalam talian melalui Sony Store atau gedung rasmi mereka di Lazada dan Shopee.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • Peminat di Malaysia boleh mula tempah PlayStation 5 Slim, harga bermula RM2,069
  • Sony umum PS5 Slim Genshin Impact, harga sama tapi ada bonus digital dan sarung kotak khas
  • Sony sedang bangunkan pesaing DLSS & FidelityFX untuk PS5
Tags: playstationplaystation 5SonySony Malaysiasony playstationsony playstation 5Sony Pulse 3D Headset
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Sony dijangka perkenal Xperia 1, 5, 10 generasi ketiga pada 14 April

Diskaun PS5 sehingga RM500 sempena promo Ramadan Sony

19 March 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER