• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Plaza tol Jambatan Pulau Pinang kini sokong pembayaran kad kredit dan debit

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:48 pm
  • 19/03/2024
  • Komen
Plaza tol Jambatan Pulau Pinang kini sokong pembayaran kad kredit dan debit
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat pengguna laluan Jambatan Pulau Pinang. PLUS Malaysia telah memaklumkan mereka kini memulakan ujian rintis sistem pembayaran terbuka di plaza tol Jambatan Pulau Pinang. Pelaksanaan ini akan membenarkan pengguna lebuhraya itu untuk membayar tol menggunakan kad debit dan kad kredit, selain daripada kad Touch ‘n Go dan RFID.

Seperti plaza tol lain dengan pembayaran sistem terbuka, lorong pembayaran kad kredit dan debit di plaza tol Jambatan Pulau Pinang ini akan diletakkan dengan papan tanda logo MyDebit, Visa dan Mastercard. Di lorong itu, akan ada peranti untuk pembayaran kad kredit dan debit yang diletakkan bersama-sama dengan pembaca kad Touch ‘n Go.



Implementasi pembayaran kad kredit dan debit di plaza tol Jambatan Pulang Pinang telah diusahakan sejak sekian lama. Ia merupakan antara lima plaza tol yang dimaklumkan oleh Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi pada Mac 2023 untuk menyokong pembayaran terbuka seawal September tahun lepas.

Walau bagaimanapun, daripada lima lebuhraya itu, hanya Jambatan Pulau Pinang sahaja yang pelaksanaan sistem pembayaran terbukanya dipindahkan ke penghujung tahun 2023 oleh kerana PLUS memerlukan tambahan masa untuk mereka mengkaji dan meneliti pelaksanaanya di sana.



Namun, tibanya Disember, masih tiada maklumat dari PLUS berkenaan pelaksanaan sehinggalah pada 15 Mac baru-baru ini di mana mereka memaklumkan telah mengaktifkan pembayaran sistem tol terbuka di Jambatan Pulau Pinang untuk dalam fasa ujian.

Orang Pulau Pinang boleh dapat diskaun 20% untuk pembayaran kad kredit dan debit

Bersama pengumuman ini, PLUS turut menawarkan diskaun 20% untuk pembayaran tol menggunakan kad kredit dan kad debit di Jambatan Pulau Pinang kepada penduduk Pulau Pinang yang layak. Meskipun begitu, diskaun ini hanya terpakai untuk kenderaan kelas kedua dan kelas ketiga.

Untuk dapatkan diskaun ini, anda boleh ketahui syarat-syaratnya dengan lebih lanjut di sini. Jika berminat, anda boleh mohon diskaun ini di laman web PLUS Jimat di Penang.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • Paip gas Petronas berbahaya bawah lebuhraya ELITE? Ini jawapan PLUS
  • Tol LDP dan SPRINT mula terima kad debit dan kredit, uji Sistem Pembayaran Terbuka
  • Lebuhraya DUKE yang ke-12 sertai program sistem pembayaran tol terbuka
Tags: Jambatan Pulau Pinangkad debitKad kreditLebuhrayamastercardMyDebitPLUS Malaysiasistem pembayaran terbukaSistem tol terbukaTOLvisa
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Plaza tol Jambatan Pulau Pinang kini sokong pembayaran kad kredit dan debit

Plaza tol Jambatan Pulau Pinang kini sokong pembayaran kad kredit dan debit

19 March 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN