• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GXBank kini sokong DuitNow QR, akan perkenal ganjaran rujukan pengguna baru

  • OLEH Najib
  • 1:47 am
  • 21/03/2024
  • Komen
GXBank kini sokong DuitNow QR, akan perkenal ganjaran rujukan pengguna baru
Share on FacebookShare on Twitter

Penyedia perkhidmatan bank digital pertama Malaysia, GXBank baru-baru ini mengumumkan akan menyediakan dua fungsi baru buat pengguna. GXBank dilihat mengambil langkah-berhati-hati untuk menawarkan perkhidmatan baru, sedikit demi sedikit supaya pengguna tidak berhadapan masalah apabila ia sedia digunakan.

DuitNow QR dan Ganjaran Rujukan

Salah satu fungsi baru itu adalah DuitNow QR, antara fungsi yang dinanti ramai. Walaupun menyokong perkhidmatan DuitNow Transfer sejak dilancarkan, pengguna GXBank masih tidak boleh menggunakan ciri pengimbas QR sehingga baru-baru ini.



Pengimbas dan kod QR DuitNow QR di aplikasi GXBank

Dengan adanya DuitNow QR di dalam GXBank, pengguna bukan sahaja boleh menggunakan pengimbas QR untuk membuat bayaran di dalam aplikasi, malah boleh juga berkongsi kod QR sendiri untuk menerima pembayaran atau penghantaran wang menerusi DuitNow. Selain menyokong kod DuitNow QR di Malaysia, pengguna dijangka boleh mengimbas kod QR QRIS (Indonesia), NETS (Singapore), PromptPay (Thailand), atau Alipay (China). Ia masih di peringkat ujian.

Pengguna GXBank boleh menggunakan fungsi DuitNow QR dengan mengemaskini ke versi terkini. Jika masih tiada, pengguna diminta bersabar kerana ia sedang disalurkan secara berperingkat kepada semua dan dijangka selesai pada hujung bulan Mac.



Cara membayar kod QRIS di Indonesia dengan DuitNow QR

Fungsi seterusnya adalah ganjaran rujukan. Dengan ini, pengguna GXBank boleh menerima ganjaran apabila merujuk pengguna baru mendaftar akaun GXBank. Fungsi rujukan ini akan diperkenal sekitar bulan April, dijangka sebelum Hari Raya. Maklumat lanjut tentang ganjaran akan diumumkan dalam masa terdekat.

DuitNow sebelum ini baru memperkenal kad debit GX Card. Kad ini memberi pulangan tunai 1% tanpa had untuk hampir semua bentuk pembayaran, serta boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin ATM MEPS di Malaysia tanpa caj ATM RM1.

Pinjaman peribadi, Apple Pay dan Google Pay

GXBank juga sedang merancang untuk memperkenal produk perbankan baru, antaranya pinjaman peribadi menjelang akhir tahun ini. Bagaimanapun, sokongan Apple Pay dan Google Pay masih belum dapat dipastikan.

Selain itu, pengguna GXBank akan dapat menggunakan aplikasi dalam Bahasa Melayu dalam masa terdekat. Ia bakal hadir dalam kemaskini aplikasi yang akan datang.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan lima lesen Bank Digital pada tahun 2022. Tetapi hanya GXBank yang telah memulakan operasi. AEON Bank telah membuka pendaftaran minat bulan lepas, tetapi masih tiada memaklumkan bila akan dilancarkan. Tiga lagi konsortium yang menerima lesen Bank Digital, masih tiada khabar angin bila akan memulakan perkhidmatan.

Bacaan Berkaitan

  • GX Card, Kad Debit GXbank dengan RM0 caj keluar wang di semua ATM boleh ditempah sekarang
  • GXBank buka pendaftaran untuk semua, bank digital pertama dilancar di Malaysia
  • Kad debit GXBank tiada caj ATM RM1, beri pulangan tunai tanpa had
  • Bank digital patuh syariah, AEON Bank mula buka pendaftaran minat
  • Bank Negara anugerahkan lesen bank digital kepada 5 konsortium ini, apa maknanya kepada kita?
Tags: Bank DigitalduitnowDuitNow QRgxbank
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
GXBank kini sokong DuitNow QR, akan perkenal ganjaran rujukan pengguna baru

GXBank kini sokong DuitNow QR, akan perkenal ganjaran rujukan pengguna baru

21 March 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER