• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Synology tawar solusi lengkap perlindungan data pengguna Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:46 pm
  • 22/03/2024
  • Komen
Synology tawar solusi lengkap perlindungan data pengguna Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan World Backup Day yang akan berlangusng pada 31 Mac 2024 ini, Synology telah berkongsikan beberapa solusi terkini mereka dalam pengurusan dan penjagaan integriti data daripada serangan siber, terutamanya ransomware. Solusi yang mereka ketengahkan adalah suit Active Backup dan Snapshot Replication.

Serangan ransomware Sheseido Taiwan 2017

Sheseido dilapor mengalami siri serangan siber yang teruk dalam tahun 2017. Ketika itu, mereka ada menggunakan beberapa solusi daripada Synology.



Salah satu daripadanya adalah, buat data yang terkena ransomware, Sheseido tidak membayar apa-apa kepada si pelaku kerana mereka menyimpang data salinan menggunakan Synology Snapshot Replication.

Walaupun mempunyai sistem sandaran yang lengkap, mereka dapati yang downtime untuk memulihkan terlalu lama untuk 58TB data pelanggan merentasi Virtual Machine (VM) yang diguna kira-kira 2,700 kakitangan.



Jadi untuk bahagian ini, mereka mengambil keputusan untuk berhijrah kepada solusi Synology Active Backup dan dapati ada pembaikan. Contohnya ciri, Sheseido berjaya mengoptimumkan penggunaan storan daripada 58TB kepada 28TB manfaat daripada ciri deduplication. Ciri ini hanya menyimpan satu salinan fail berbanding menyimpan fail yang sama daripada sumber lain untuk tujuan backup.

Sistem sandaran Sheseido mampu melakukan pemulihan 300GB data dalam masa 15 minit sahaja.

Kepentingan menjaga integriti data

Organisasi besar termasuklah agensi kerajaan ada menyimpan data sensitif milik orang lain. Sebarang kebocoran data bukan saja menjejaskan organisasi itu sendiri malah berisiko disalah guna untuk melakukan kerosakan seperti scam.

Tambahan pula, sudah menjadi tanggungjawab organisasi untuk memenuhi Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan Synology dikatakan mampu memberikan solusi lengkap kepada perusahaan kecil dan sederhana untuk mereka memenuhi keperluan undang-undang untuk beroperasi.

Synology tawar solusi untuk segenap pengguna

Synology kini dilihat sedang memperluas penawaran mereka kepada pengguna kebanyakkan. Contohnya, mereka telah lancaran BeeDrive dan BeeStation yang sediakan solusi penyimpanan data buat pengguna kasual seperti pencipta kandungan ataupun keluarga.

Pengguna prosumer ataupun perusahaan kecil (SME & SMB) bolehlah mempertimbangkan keluarga Synology DS seperti siri J, siri Value, siri Plus, dan siri XS+/XS yang di dalamnya ada lebih banyak fungsi canggih.

Pengguna enterprise ataupun organisasi besar mereka juga ada pilihan Synology jenis rak yang bukan sahaja menumpukan pada keselamatan, malah kebolehskalaan kerana menggunakan sistem rak yang dengan mudah boleh diperbesar apabila perlu.

Layari laman rasmi Synology untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Synology BeeStation, storan awan yang tak perlu langganan bulanan

Synology pecah tradisi, kini mereka juga ada produk pemacu kilat BeeDrive

Synology BC500 & TC500 ada teknologi AI perkasa sistem kamera keselamatan anda

Tags: synology
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Synology tawar solusi lengkap perlindungan data pengguna Malaysia

Synology tawar solusi lengkap perlindungan data pengguna Malaysia

22 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER