• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 12 SE rasmi di Malaysia, percuma Huawei Band 8 untuk pembeli awal

  • OLEH Najib
  • 1:40 pm
  • 26/03/2024
  • Komen
Huawei Nova 12 SE rasmi di Malaysia, percuma Huawei Band 8 untuk pembeli awal
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia telah melancarkan telefon pintar siri Nova 12 ke Malaysia. Terdapat tiga model dalam keluarga ini iaitu Nova 12s, Nova 12 SE dan Nova 12i. Walaupun nama keluarga yang sama, ketiga-tiga model ini memiliki rekaan yang jauh berbeza.

Nova 12 SE merupakan ahli tengah dalam keluarga Nova 12. Tarikannya pada kamera swafoto 32MP dan kamera utama 108MP. Seperti biasa, peranti Huawei masih tidak menyokong perkhidmatan Google dan tiada Google Playstore.



Harga dan Ketersediaan Nova 12 SE

Sebagai peranti tengah dalam keluarga, harga untuk Nova 12 SE lebih rendah berbanding Nova 12 SE. Harga rasminya di Malaysia adalah:

  • Huawei Nova 12 SE (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,499

Huawei Malaysia turut menyediakan promosi tempahan awal untuk Nova 12 SE. Dari sekarang hingga 5 April 2024, pembeli Nova 12 SE akan mendapat hadiah bernilai sehingga RM308 iaitu jam Huawei Band 8 dan pakej hadiah Huawei.



Kepada yang berminat, tempahan awal boleh dibuat di Stor Online Huawei Malaysia, serta di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Huawei Nova 12 SE

Selain tidak boleh menggunakan Google, peranti Huawei masih dibelenggu sekatan 5G. Bagi Nova 12 SE, ia dikuasakan cip Snapdragon 680 4G 6nm, bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ini adalah prestasi kelas pertengahan atas, tetapi menggunakan cip yang agak lama.

Skrin yang digunakan Nova 12 SE adalah rata, jenis OLED seluas 6.67-inci. Ia ada resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran cuma 90Hz. Pengimbas capjari ada di dalam skrin.

Nova 12 SE menampilkan kamera hadapan dengan lensa 32MP F2.45, terletak dalam lubang kecil di dahi skrin. Di belakang, ia ada tiga kamera menggabungkan kamera utama 108MP F1.9 bersama kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.45.

Walaupun berbadan besar, Nova 12 SE hanya dilengkapi bateri 4,500mAh sahaja. Tetapi ia menyokong kuasa pengecas tinggi 66W, mampu mengecas dari 0 ke 100% dalam 32 minit. Kepala pengecas 66W dan kabel USB-C ada disediakan dalam kotak.

Telefon ini dilengkapi NFC, WiFi 5 dan Bluetooth 5.0. Nova 12 SE juga menggunakan sistem operasi EMUI 14, masih tiada HarmonyOS.

Huawei menyediakan dua warna untuk Nova 12 SE iaitu hijau dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Nova 12 SE.

Bacaan Berkaitan

  • Huawei Nova Y72 pertaruh Butang X dan Bateri Super 6,000mAh untuk telefon kelas permulaan
  • Siri Huawei Nova 12 kini rasmi, hadir bersama sambungan satelit untuk panggilan dan mesej
  • Huawei Nova 11i: Bayangkan Nova 10 SE yang diturun taraf
  • Huawei Nova 11 Pro: Kamera swafoto 60MP dan sokong pengecasan pantas 100W
  • Huawei Nova 11: Kamera swafotonya lagi berkuasa berbanding kamera utama
Tags: HuaweiHuawei Nova 12Huawei Nova 12 SE
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Huawei Nova 12 SE rasmi di Malaysia, percuma Huawei Band 8 untuk pembeli awal

Huawei Nova 12 SE rasmi di Malaysia, percuma Huawei Band 8 untuk pembeli awal

26 March 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER