• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 12s bawa kamera swafoto 60MP 100° ke Malaysia, harga di bawah RM2000

  • OLEH Najib
  • 1:00 pm
  • 26/03/2024
  • Komen
Huawei Nova 12s bawa kamera swafoto 60MP 100° ke Malaysia, harga di bawah RM2000
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia telah melancarkan telefon pintar siri Nova 12 ke Malaysia. Terdapat tiga model dalam keluarga ini iaitu Nova 12s, Nova 12 SE dan Nova 12i. Walaupun nama keluarga yang sama, ketiga-tiga model ini memiliki rekaan yang jauh berbeza.

Nova 12s merupakan peranti teratas dalam keluarga Nova 12. Kehebatannya pada kamera swafoto 60MP dengan lensa ultra lebar. Ia juga ada kamera utama 50MP Ultra Vision. Seperti biasa, peranti Huawei masih tidak menyokong perkhidmatan Google dan tiada Google Playstore.



Harga dan Ketersediaan Nova 12s

Sebagai peranti teratas dalam keluarga, harga untuk Nova 12s menghampiri harga peranti kelas flagship. Harga rasminya di Malaysia adalah:

  • Huawei Nova 12s (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,999

Huawei Malaysia turut menyediakan promosi tempahan awal untuk Nova 12s. Dari sekarang hingga 12 April 2024, pembeli Nova 12s akan mendapat hadiah bernilai sehingga RM988 iaitu jam Huawei Watch GT 3 SE dan pakej hadiah Huawei.



Kepada yang berminat, tempahan awal boleh dibuat di Stor Online Huawei Malaysia, serta di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Huawei Nova 12s

Selain tidak boleh menggunakan Google, peranti Huawei masih dibelenggu sekatan 5G. Bagi Nova 12s, ia dikuasakan cip Snapdragon 778G 4G 6nm, bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ini adalah prestasi kelas pertengahan atas, tetapi menggunakan cip yang agak lama.

Skrin yang digunakan Nova 12s adalah rata, jenis OLED seluas 6.7-inci. Ia ada resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Pengimbas capjari ada di dalam skrin.

Tarikan utama Nova 12s adalah kamera hadapannya dengan lensa ultra lebar 100° 60MP F2.4, terletak dalam lubang kecil di dahi skrin. Di belakang, ia ada kamera utama Ultra Vision 50MP F1.9 bersama kamera ultra lebar makro 8MP F2.2.

Walaupun berbadan besar, Nova 12s memiliki bateri 4,500mAh sahaja. Tetapi ia dibekalkan dengan kuasa pengecas tinggi 66W. Dengan kepala pengecas 66W dan kabel USB-C disediakan dalam kotak.

Telefon ini dilengkapi NFC, WiFi 6 dan Bluetooth 5.2. Nova 12s menggunakan sistem operasi EMUI 14, masih tiada HarmonyOS.

Huawei menyediakan tiga warna untuk Nova 12s iaitu biru, putih dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Nova 12s.

Bacaan Berkaitan

  • Huawei Nova Y72 pertaruh Butang X dan Bateri Super 6,000mAh untuk telefon kelas permulaan
  • Siri Huawei Nova 12 kini rasmi, hadir bersama sambungan satelit untuk panggilan dan mesej
  • Huawei Nova 11i: Bayangkan Nova 10 SE yang diturun taraf
  • Huawei Nova 11 Pro: Kamera swafoto 60MP dan sokong pengecasan pantas 100W
  • Huawei Nova 11: Kamera swafotonya lagi berkuasa berbanding kamera utama
Tags: HuaweiHuawei Nova 12Huawei Nova 12s
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Huawei Nova 12s bawa kamera swafoto 60MP 100° ke Malaysia, harga di bawah RM2000

Huawei Nova 12s bawa kamera swafoto 60MP 100° ke Malaysia, harga di bawah RM2000

26 March 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER